January 28, 2010
KENYATAAN BERSAMA PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT
Hari ini menyaksikan satu lakaran sejarah di mana keseluruhan pimpinan sayap-sayap pemuda bagi parti-parti politik di dalam Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat bersepakat untuk mengeluarkan satu kenyatan bersama bagi mengutuk insiden-insiden serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Saya selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional mengucapkan syabas dan terima kasih di atas persefahaman dan persetujuan yang dimeterai oleh semua pihak yang telah menampakkan kematangan politik di kalangan pemimpin-pemimpin generasi muda masa kini dengan meletakkan perpaduan negara mendahului perbezaan fahaman politik.


= = = = =

KENYATAAN BERSAMA PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Kami, barisan kepimpinan sayap pemuda bagi parti-parti politik di Malaysia, mengambil ketetapan untuk bersepakat dan bersatu hati bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat. Ini termasuklah kejadian terbaru yang melibatkan dua buah masjid iaitu Masjid Jumhuriyah di Taman Dato' Harun serta Masjid Al-Imam Tirmizi di Taman Sri Sentosa yang dicemari dengan kepala babi.
 
Sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan. Tindakan-tindakan sebegini merupakan suatu yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.
 
Kami menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira agama, bangsa atau pegangan politik untuk bangkit bersatu menentang tindakan segelintir puak ekstrim ini yang mahu menggugat kestabilan dan keamanan negara, lantas merobek semangat hormat-menghormati sesama rakyat yang sememangnya tersemai di kalangan kita.
 
Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bertenang dan tidak bertindak berbaurkan emosi. Kami mendesak pihak berkuasa untuk menumpukan segala usaha demi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Adalah penting siasatan ini dijalankan secara bebas tanpa sebarang tekanan.
 
Kami sependapat bahawa isu ini adalah perkara sejagat yang merentasi batasan agama, politik serta bangsa. Apabila datang ancaman kepada perpaduan dan identiti kita sebagai warganegara Malaysia, kepimpinan muda negara sedia mengenepikan perbezaan fahaman politik demi mempertahankan kemakmuran dan keharmonian negara.

Pemuda Barisan Nasional       Pemuda Pakatan Rakyat
Pemuda UMNO                           Angkatan Muda Keadilan
Pemuda MCA                             Democratic Action Party Socialist
Pemuda MIC                              Youth
Pemuda Gerakan                        Dewan Pemuda PAS
Pemuda PPP
Pemuda PBB
Pemuda SUPP
Pemuda SPDP
Pemuda PRS
Pemuda PBS
Pemuda UPKO
Pemuda PBRS
Pemuda LDP
 
 
 
Reader Comments
11. Zul Noordin for DEMOCRACY
@ 1/29/2010 3:14:00 PM
 
What I can’t UNDERSTAND is that why is PAKATAN RAKYAT playing the same tune as BN?

Look……

(1) When CHURCHES & GUDWHARAS was attacked, PAKATAN RAKYAT & its’ supporters pointed fingers at UMNO (BN). When SURAUS & MASJIDS was thrown BOAR HEADS, the same group of people pointed their fingers at UMNO (BN). Instead of pointing their fingers here & there, why can’t PAKATAN RAKYAT be more INNOVATIVE & CREATIVE by coming-up with something more CONSTRUCTIVE with their WILD ACCUSATIONS??? Finger pointing is NOT the way to defeat BN. If PAKATAN RAKYAT have the HOTS for finger pointing, I reckon they take their fingers & shuff it up their own ARSE (or atleast Anwar Ibrahim’s arse).

(2) When other component party leaders within BN (MIC, MCA, PPP, etc) followed PROTOCOLS by keeping their MOUTH SHUT regardless whether they are HAPPY with an issue or not…..PAKATAN RAKYAT constantly come attacking saying it’s “STRING PUPPET ethics”. However, when the notorious ZULKIFLI NOORDIN comes out saying what he felt sincerely inside his heart regarding an issue, PAKATAN RAKYAT says he should follow PROTOCOL by keeping his mouth shut!!! PAKATAN RAKYAT frequently preaches DEMOCRACY but when ZUL NOORDIN practices it, he gets a “Shut the FARK UP memo”.

Ain’t PAKATAN RAKYAT the same with UMNO??? Now, we finally understand the rationale behind this JOINT STATEMENT, huh??? Both also SAME SAME.
 
10. Mazlie Norinah
@ 1/29/2010 2:09:00 PM
 
hampir menitis airmata mendengar berita kerjasama sebegini...semoga Allah SWT sentiasa bersama YB..
 
9. Pak Tam
@ 1/29/2010 12:59:00 AM
 
Tahniah usaha begini perlu disokong dan diteruskan. Kurangkan politiking tapi banyakkan perbincangan secara bersama untuk kepentingan negara. Syabas kepada kepimpinan pemuda BN dan PR.
 
8. Shah F Khan
@ 1/29/2010 12:46:00 AM
 
Syabas!We are matured.
Appreciate Khairy & other Pemuda unit for this good initiative.
 
7. Liew
@ 1/28/2010 11:50:00 PM
 
It is touching. Agree with Encik Khalil, Please expand the cooperation. Malaysia Boleh!
 
6. Lim
@ 1/28/2010 9:09:00 PM
 
This shows that the youths in Malaysia are mature. Well done!
 
5. Azrey Fahme Jamaluddin
@ 1/28/2010 8:47:00 PM
 
Sejarah telah terjadi pada hari ni. Kami benci keganasan. Tahniah KJ.
 
4. Proud to be Malaysian
@ 1/28/2010 8:30:00 PM
 
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Bersatulah kita semua tanpa mengira agama dan bangsa. Kekalkan lah keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini.Janganlah kita bersengketa sesama sendiri.... Syabas...
 
3. Sewel
@ 1/28/2010 3:38:00 PM
 
Your showed leadership and initiative. Well done!
 
2. myrayza
@ 1/28/2010 2:50:00 PM
 
Kan elok kalau bersatu macam nie?
 
1. Khalil Zaiyany
@ 1/28/2010 2:33:00 PM
 
Tahniah Saudara Khairy, semoga kerjasama ini bukan sahaja dalam perkara ini, malah boleh diperluaskan lagi dalam pembangunan negara Malaysia!Tahniah sekali lagi BN dan PR!
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
Sep 09, 10
Hari Raya Aidil Fitri
.
Sep 01, 10
Namewee
.
Sep 01, 10
Segera laksanakan gaji minimum
.
August 2010 (14)
July 2010 (6)
June 2010 (7)
May 2010 (1)
April 2010 (2)
March 2010 (1)
February 2010 (4)
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008