Bersempena dengan Perayaan Thaipusam yang diraikan pada hari ini, saya dan seluruh warga kepimpinan Pemuda Barisan Nasional dengan ini mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia, yang meraikannya bagi menghormati Dewa Murugan.
Sejajar dengan gagasan 1Malaysia yang memupuk semangat saling hormat-menghormati dan nilai-nilai perpaduan, saya menyeru kepada yang bukan beragama Hindu untuk mengambil peluang dan ruang ini bagi bersama-sama menyaksikan temasya warna warni dan keunikan perayaan ini yang juga menggambarkan kepelbagaian agama dan budaya di dalam masyarakat majmuk di negara kita.
Selamat Hari Thaipusam.