| February 13, 2010 |
 |
| Isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang |
 |
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) begitu terkejut dan memandang serius laporan Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng telah membatalkan perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Ini kerana, sekiranya laporan itu adalah benar, pembatalan perarakan menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, yang merupakan satu amalan tradisi bagi seluruh Umat Islam di negara ini, adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan juga Umat Islam di Pulau Pinang. Unjuran daripada reaksi pelbagai pihak, YAB Lim Guan Eng telah membuat kenyataan pada lewat malam semalam dengan menjelaskan bahawa arahan pembatalan itu adalah tidak benar sama sekali. Bahkan, menurut beliau sambutan kali ini akan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut bermula daripada 25 Februari 2010. Pemuda UMNO menyambut baik kenyataan ini kerana pembatalan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja menidakkan rakyat Pulau Pinang yang beragama Islam berarak bagi menzahirkan rasa kasih dan sayang mereka kepada Baginda Rasullah SAW malah merupakan satu gambaran yang langsung tidak memahami dan menghormati sensitiviti masyarakat majmuk dan kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Namun demikian, Pemuda UMNO ingin bertanya kepada YAB Lim Guan Eng berhubung kesahihan satu salinan surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertarikh 5 Februari 2010 yang telah menyatakan bahawa Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pulau Pinang telah memutuskan untuk membatalkan perarakan tradisi Maulidur Rasul di dalam mesyuaratnya pada 3 Februari lalu. Surat yang ditujukan kepada semua ketua-ketua Jabatan dan agensi di peringkat persekutuan, negeri dan juga pihak berkuasa tempatan itu telah meminta semua pihak terbabit bagi menghantar wakil untuk Majlis Perhimpunan Ummah yang bakal diadakan pada 26 Februari bagi menggantikan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri. Sehubungan dengan itu, YAB Lim Guan Eng harus menjelaskan perkara ini dengan telus dan jujur sebagaimana cogan kata bagi pentadbiran beliau yang menjurus kepada tema Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Ini kerana, kami mendapati bahawa laman maya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah pun menyiarkan iklan berkenaan Majlis Perhimpunan Ummah yang bakal menggantikan perarakan Maulidur Rasul tersebut. Salinan surat yang dimaksudkan. Diambil dari pisau.net  
|
|
|
| |
| |
| Reader Comments |
 |
54. Simbok
@ 2/26/2010 1:16:00 PM |
| |
Alias, Imam, Jenjaluk.
Korang semua bodoh. YB KJ tengahkan isu penipuan LGE lah. Bukannya dia haddap sangat pasal perarakan. Tapi kenapa LGE tipu.
Tula korang dah buta sangat sokong PR sampai terang2 pemimpin dan MENIPU pun masih boleh defend lagi |
|
 |
| |
53. Alias
@ 2/24/2010 6:45:00 PM |
| |
Pandangan aku tentang perarakan ni?. Membazir dan main main, 1.membazir kerana duit yg dikeluarkan utk belanja berarak yg hanya sehari tu alangkah baik nya jika digunakan utk bantu org yg lebih memerlukan. 2. Main main, kita seolah2 mempermainkan atau mempersendakan, lihatlah cogangkata atau sepanduk yg kita bawa, macam2, Nabi sebagai ikutan lha dan sebagainya, tapi hakikatnya benarkah begitu? kita ikut nabi ke dlm urusan harian kita? diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat juga bernegara? bukankah kita banyak mewarisi dari kolonial british? tak terasa mempermain kan ke? |
|
 |
| |
52. imam
@ 2/19/2010 6:43:00 PM |
| |
| lepas ni KJ n pemuda UMNO leh lah buat demo ke atau surat yg sama kepada Kerajaan Negeri Pahang, Perlis n Johor (sumenye Kerajaan BN), sbb turut xmenganjurkan PERARAKAN maulidurrasul...kena adil beb! |
|
 |
| |
51. jenjaluk
@ 2/19/2010 5:09:00 PM |
| |
Isu kecil je YB takde benda pun.... perarakan maulud nabi takde pun di wajibkan dalam islam....pengisian roh tu yg penting...
Di Pahang, Perlis dan Johor (Jajahan BN) pun takde perarakan...
so, isu terpencil kalau ya pun dibatalkan....
create isu yg lebih besar lagi YB.... baru la YB namanya... |
|
 |
| |
50. SAH
@ 2/19/2010 3:50:00 PM |
| |
| Saudara tak dpt info yang sebenaq dr P.Pinang. Yang Johor, Pahang dan Perlis tak buat perarakan Maulidul Rasul tu apa cerita....tak kecoh pun...menghina agama ke...jawab jgn tak jawab |
|
 |
| |
49. Yg Duduk kat Penang...
@ 2/17/2010 6:57:00 PM |
| |
Salam Buat Semua.
Mekasey buat YB coz timbulkan isu cam gini. Pepehal pon, gomen kat Penang kena ada check and balance. Tak semua yang nak dibuat dipersetujui. Sama gak masa BN pegang Penang dulu. DAP pun ada timbulkan isu hape? Kalau takde check and balance camni, sapa yang pegang gomen sah ikut suka hati je nak buat hape2 pon...
Sebab takde org yang nak tegur..
Now, isu perarakan nie. Walaupun bukan harus, kena lah diteruskan. Kalau idak, ianya akan dijadikan titik mula nak kurangkan aktiviti keagamaan yang ada kat Penang nie.
Dahlah umat Islam yang ada banyak yang dok lupa syariat. So, pada hemat aku, mana yang dok ada la ni, jangan direntikan. Kalau nak tambah takpe.
Nak buat sambutan 3 hari cam yang digemburkan. Buat. Jangan tak buat. Jangan tahun depan plak lepas takde perarakan, sambutan dari 3 hari jadi sehari. Pastu jadi sekerat hari. nak cover line, kemukakan macam2 alasan kat paper and media. Senanglah cam gitu.
Senang sebab takde soal jawab.
Pada yang terlibat dalam hal2 camni. Mao kena ingat. Akhirat sok LGE takkan jawab untuk engkorang. Bila pegang amanah, kena buat.
Kalau org UMNO dulu masa pegang Penang, engkorang rase depa tak amik berat hal2 camni, itu depa. Bukannya hangpa. Kalau depa nak kena azab sok, engkorang nak kena skali ke? Ke nak minta LGE mai tolong jawap???
|
|
 |
| |
48. krzaman87
@ 2/17/2010 3:54:00 PM |
| |
| UMNO tidak habis habis dengan isu perkauman. sket sket bangkitlah orang melayu,sket sket bangkitlah orang islam, sedangkan isu nya nampak sangat cetek,sengaja direka reka utk racun fikiran rakyat.takde modal dah ke? saja jer nak create isu. kami orang melayu pun naik muak dan meluat tengok gelagat pemuda umno ni. please la, kami ni dah sedia benci umno,jangan buat kami benci lagi banyak.YB Kj ingat dengan buat macam ni kami akan jadi sayang pada UMNO?anggap UMNO pembela Islam? jangan harap la |
|
 |
| |
47. pekanrabu
@ 2/17/2010 12:01:00 PM |
| |
| Guys, i think no one is stupid to know all this... be it generation BB, generation X or generation Y for that matter. Lets keep an open mind and not self denying. It is human nature for someone to do damage control. LGE has done something that he did not expect...and damage control is very costly...and he is doing it right now... |
|
 |
| |
46. Asam Melaka
@ 2/15/2010 9:35:00 PM |
| |
Adrian. Are you stupid. Read the letter dated 5 Feb. Authenticity has been confirmed by Exco kerajaan Negeri YB Malik. (check Malaysian Insider the same date that KJ exposed the letter).
I know you love Pakatan. But call a spade a spade. LGE lied. First he wanted to cancel then he made U Turn. He should admit. Why compound his lies with more lies by saying he NEVER PLANNED TO CANCEL??
Its not about the perarakan anymore. Its about the HONESTY of government. LGE was not honest. This is a fact. |
|
 |
| |
45. Adrian phang boon hwa
@ 2/15/2010 7:15:00 PM |
| |
LGE has already said no cancellation the rest are all bullshit why is khairy and umno going on and on?
|
|
 |
| |
44. abul
@ 2/15/2010 6:08:00 PM |
| |
Pening kepala dengan Lim guan eng nie, betul2 punya musibatul... sat kat media kata die xbatal...nie plak ada surat dari kerajaan negri kata batal...
Ni apa ceta, mmg sah la. DAP, Dajal Amik Penang....habis sampai smua die nak control,.
Bid'ah...xdak sapa pun kat cini kata ni amalan yang mengharuskan, perarakan ni hanya la nak tunjuk kepada si kafir ni betapa cinta kita kepada junjungan nabi muhammad...SALAH kah?
sekurang2nya, terbuka hati para kafirin tgk semangat islam yg cintakan nabi allah muhammad. |
|
 |
| |
43. sruperskaler
@ 2/15/2010 5:24:00 PM |
| |
| Pembohong Dan Pengkhaianat Besar Lim Guan Eng ! Sedarlah umat Melayu Islam Pulau Pinang, mari kita runtuhkan kerajaan PR ini dalam PRU nanti |
|
 |
| |
42. Mohd Kahar Bin Tahir
@ 2/15/2010 5:03:00 PM |
| |
YB.
Pls check the authencity of the report first. I think this is going to backfire BN. In actual situation there is a plan for a procession and also a mammoth gathering at Dewan Sri Pinang.
The rakyat knows BN is trying to manipulate. The DPM was so wrong to believe what was reported in Utusan.
Well this one is going to cause damage to BN. .
|
|
 |
| |
41. abosma
@ 2/15/2010 1:54:00 PM |
| |
nie isu sengaja nk tekan Pakatan kt penang... apa la .. um** xder benda lain ker nak timbulkan... asyik isu melayu... woiii
orang penang dah lama terbiar,tertindas, dipulaukan pd zaman barisan dl... sedarla skit...
gentle la skit barisan.... kalo dok main isu i nie rakyat nk mnyampah dah....
kalo kita nk penang blk... kita wat cara gentle.. lembut tp berkesan.. bkn cari nie.. org dh bosan.. |
|
 |
| |
40. syah
@ 2/15/2010 11:40:00 AM |
| |
| KAt Johor dah lama tak ada perarakan secara besar-besaran masa kami kecil2 dulu setiap tahun ada perarakan di masjid abu bakar johor, DAP, PAS n PKR tak memerintahpun di JOhor tapi perarakan tak dibenarkan.. TAk adapun seorang melayu mempertahankan. Mana Pergi UMNO PERKASA N PEKIDA. . |
|
 |
| |
39. Hamsa
@ 2/15/2010 11:21:00 AM |
| |
Dear Khairy,
I think you should stop stroking racial and religious tension in this country. If you want to be a leader respected by all races, you should be more Gentleman. Isn't it so funny that you pick on LGE as racist? Because we know there can be no biggest racist in this country except for you! LGE went to prison defending a Malay gal who was once "exploited" by people in power especially in BN, she was merely 15 years old then. Looks like with this kind of attitude from you especially BN will never win Penang back. And by the way before I end, I have never voted for any opposition party since I started voting long before you. I only voted for BN in all elections. In the last election, while all my peers voted against BN, I voted for BN in hope that my 1 vote will make a difference in that constituency, however too bad, PKR won there. |
|
 |
| |
38. KuntaKinte
@ 2/15/2010 8:17:00 AM |
| |
Salam semua, untuk golongan berfikir, adakah sambutan tu wajib? Adakah perarakan tu syarat wajib? Adakah iannya hanya bidaah? Fikirkanlah...jangan membazir. |
|
 |
| |
37. Ruyung
@ 2/15/2010 2:26:00 AM |
| |
| Eloklah kalau kalau perarakan maulud tu dibatalkan, membazir je. Lebih baik belanja perarakan tu dibuat benda lain yang lebih berfaedah kpd umat Islam/Melayu Pulau Pinang. |
|
 |
| |
36. Al Haj Mundir
@ 2/15/2010 1:19:00 AM |
| |
| Siapa yang cuba buat fitnah....KM Pulau Pinang telah buat kenyataan..(Baca Malaysia Kini bertarikh 14/2/2010 jam 8.15 pm).KJ terima surat yang tak sahih....Bila saya baca UM..saya tak percaya berita tersebut...Nak berpolitik biarlah secara anak jantan....Pada saya ada tak ada perarakan bukan lah perkara wajib...jangan jadi isu ini sebagai meraih simpati...KJ diharap berpolitik secara rasional bukan secara 'racist'........ |
|
 |
| |
35. nikmat
@ 2/15/2010 1:13:00 AM |
| |
berarak? x salah.. minum arak salah..
salam..
Korang ingat setakat berarak tu dah cukup cintakan Rasul ke? Rasulullah pun xde ajar umatnya sambut 'harijadi' baginda.. suruh berarak pun lagi xde.. tapi itu yg korang bising sangat..
Yang Rasul suruh ialah ikut jalan dia.. iaitu jalan Al-Quran & Sunnah..
Kalau korang cintakan Rasul sangat, gesa pemimpin2 UMNO/BN skrg ikut sunah Rasul.. Gesa mereka utk gubal balik perlembagaan negara, supaya meletakkan Al-Quran & Sunnah di atas perlembagaan negara, bukan di bawah perlembagaan negara. Bila lagi korang nak gesa pemimpin korg utk menegakkan agama Allah ni.. Takkan korg nak angguk2 - geleng2 aje tgk gelagat mereka.. korg pun ada kuasa apa.. korg yg pilih mereka.. mereka kena ikut ckp korg pulak..
Mengigati Rasulullah dgn berarak setahun sekali saja x cukup utk membuktikan cinta kita pada baginda..
Kita kenalah usaha utk mendaulatkan sunnah baginda di bumi Malaysia ini bersungguh-sungguh.. lupakan jurang politik..
Tukarkanlah motto perjuangan kita dgn "Islam didahulukan, Allah diutamakan" insya'Allah dunia akhirat kita selamat.
Aminn...
Wallahu'alam.. |
|
 |
| |
34. Amino san
@ 2/14/2010 8:59:00 PM |
| |
| Saya dah lama x beli utusan |
|
 |
| |
33. Ali
@ 2/14/2010 1:27:00 PM |
| |
| As a Malaysian, do you think the Penang State Government will take this type of action? And the thing come from UTUSAN MALAYSIA? Come on, no need to waste time thinking about it. |
|
 |
| |
32. suhaimi
@ 2/14/2010 1:21:00 PM |
| |
| KJ, jangan le nak jadi hero sangat sebelum tahu sebab dan musabab nye. Walaupun KJ menerajui Pemuda Umno, tapi ramai yang xrespect pun anda so trust me, the best thing is just keep a low profile till your term ends. Enjoy what you have untill your dooms day. |
|
 |
| |
31. Farouq Omaro
@ 2/14/2010 1:19:00 PM |
| |
| Wah hebat! Baru Utusan Malaysia buat laporan, terus Lim Guan Eng dan DAP kena kutuk! Tapi kes kepala lembu, kepala babi, patung Mazu, enjin jet kena jual, kapal selam tidak boleh menyelam tidak pula kena kutuk yang perlu dikutuk. Double standards! Adil la sikit! Kalau anak kita sekali pun buat nakal, nakallah tu! Jangan lah bagi peluang pembangkang cari kelemahan BN! |
|
 |
| |
30. arif
@ 2/14/2010 12:47:00 PM |
| |
| Wahai saudara2 ku. Tlg baca dgn teliti sebelum membuat komen. aku tak pernah kata KJ fitnah. aku pun tak pernah kata pertanyaan itu fitnah. Tapi kalau berita yg dilaporkan utusan adalah pembohongan, itu adalah fitnah. Dan dosa fitnah memanglah dahsyat. Fikirkanlah, LGE telah menyertai sendiri perarakan maulidur rasul peringkat negeri dua tahun lepas, tidak pelikkah tiba2 dia sendiri ingin membatalkan perarakan kali ini? Nampak seperti ada unsur2 sabotaj. |
|
 |
| |
29. Jojo
@ 2/14/2010 12:15:00 PM |
| |
Tak wajar salahkan LGE, dalam kerajaan negeri ada exco-exco yang diberikan tugas untuk menjayakan rancangan.
Umno adalah pembangkang di Pulau Pinang.
Jalankan peranan sebagai pembangkang... |
|
 |
| |
28. imraz
@ 2/14/2010 11:43:00 AM |
| |
Nah! Tengok sendiri dalam website Majlis Agama Pulau Pinang tentang perarakan Maulidur Rasul. Copy & paste link dibawah dan saksikan sendiri.
Yang terbukti sekarang adalah tahap fitnah segelintir Melayu sendiri yang sungguh menjelek & menjijikkan.
Hanya Muslim yang bodoh & berfikiran lemah sahaja yang akan termakan fitnah sebegini.
Ketahuilah bahawa mendengar sahaja fitnah itu sama besar dosanya dengan yang membuat fitnah.
Bertaubatlah wahai saudara2 muslimin & muslimat.
http://jaipp.penang.gov.my/pdf/ATURCARA%20MAULIDUR%20RASUL1431H-2010M.pdf |
|
 |
| |
27. rakyat PP
@ 2/14/2010 11:17:00 AM |
| |
| kalau sah surat ni...hanya nyata mambatalkan "Perakan" saje tapi diganti dengan "Perhimpunan". Mana kata tak bagi menyambut Maulidur Rasul. Lagipun bukan LGE yang buat putusan...hanya Jawatan Induk Muslim saje. Kesian LGE...semua kena goreng. |
|
 |
| |
26. Anti Pembohong
@ 2/14/2010 8:19:00 AM |
| |
| Saya tak nampak pun LGE batalkan sambutan maulidur rasul. Cuma agak kelainan sikit tahun ni beliau buat perhimpun. |
|
 |
| |
25. akmal ariffin
@ 2/14/2010 7:34:00 AM |
| |
| Berarak tu bukan wajib atau sunnah dalam Islam. Jangan nak sensasi berita untuk kepentingan politik. Kalaupun berita itu hangat, tak payahlah nak headlinekan besar2 muka surat depan. Utusan pencetus kekeliruan dan kekacauan, dan suratkhabar sensasi murahan. Utusan pencetus fitnah dan sanggup berbuat apa saja untuk mengekalkan kekuatan pembeli. Utusan rasis! |
|
 |
| |
24. khoo Wen Han
@ 2/14/2010 1:16:00 AM |
| |
| Satu Lagu bukti kebodohan KJ.... jelas ternyata... belaja tinggi tinggi tak guna ... surat dalam bahasa melayu ini pun tak boleh paham.... tolong jangan malukan bangsa malaysia..... utk surat itu pun mintak penjelasan YAB Lim... nampak kebodohan anda... dan kamu gunakan Utusan utk menghentam kerajaan P.Pinang... sungguh bodoh .... |
|
 |
| |
23. niki alias
@ 2/14/2010 12:47:00 AM |
| |
jambul....jom kita join perarakan maulidur rasul kat penang pada 26 februari ni..klu x percaya lagi. Sape yg bohong. |
|
 |
| |
22. jambul
@ 2/13/2010 11:09:00 PM |
| |
Nampak gayanya rakyat sudah tahu siapa yang bercakap bohong dengan rakyat. Lim Guan Eng pasti menggelupor sekarang ni and Timbalan 1, Mansor pasti mengah sebab surat tersebut di cc-kan kepada beliau. Sudah pasti Lim Guan Eng telah dimaklumkan psl perkara ini dan nampak sangat pembohongan melampau Kerajaan PR Pulau Pinang. Malik pula sebelum ini telah dilaporkan bercakap kepada Harakah Daily yang Kerajaan Negeri tak pernah langsung putuskan nak batal perarakan, so sekarang ni apa cerita.
DAP asyik kata BN bohong, UMNO bohong, Utusan bohong - so, sekarang siapa bohong siapa? |
|
 |
| |
21. Idrisman
@ 2/13/2010 10:27:00 PM |
| |
| Sape yag bohong....Utusan Malaysia..memang pun. |
|
 |
| |
20. Malaysian in Middle East
@ 2/13/2010 10:13:00 PM |
| |
Menyambut Maulidur Rasul sebenarnye adalah satu bidaah.. Bidaah ditakuti boleh membawa kita ke apa neraka..
If you live in The Middle East, you will never see such celebration.. Awal Muharram is also never celebrated in Middle East. The Middle East Governments ie Saudi, UAE, Qatar, Kuwait etc do not even declare the days as public holidays, not to mention celebrating them. |
|
 |
| |
19. phayzer
@ 2/13/2010 6:58:00 PM |
| |
"arif" yang tidak arif..... klau pertanyaan di anggap fitnah, x akan ade soalan la dlm dunia ni, sbb pertanyaan adlah persoalan yang di aju dlam bentuk soalan.....bg memberi kepastian keatas perkara yang tidak pasti....Tidak perlu gna hujah dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh, sbb pertanyaan bukan fitnah....klau pertayaan adalah fitnah, dasyat la....berdosa la jadinya orang yang bertanya... |
|
 |
| |
18. anak_perelih
@ 2/13/2010 4:40:00 PM |
| |
Kalau betul pun.. keputusan ni datang dari jawatankuasa sambutan... Guan Eng hanya dapat salinan saja... bukan dia yg buat keputusan... bodoh la kauirg ni.. or saja nak buat isu....
Perelih tak pernah buat perarakan sejak dari dulu pun ... hangpa tak gaduh pun.... org perelih tak kisah pun... lebih baik buat majlis ilmu hari tu... daripada berarak.... |
|
 |
| |
17. nasam
@ 2/13/2010 3:42:00 PM |
| |
| Tak kan semua nak goreng YAB Lim? Kali ni kena jelaskan betul-betul |
|
 |
| |
16. Nik Solihin
@ 2/13/2010 3:37:00 PM |
| |
Pembangkang kalu dapat sumber dari internet akan teriak macam nak pecah gegendang suara dan buat laporan itu laporan ini. Lain kali buat macam Pemuda UMNO, dapat aja sumber depa mintak pengesahan dan bagi peluang pihak terbabit perjelaskan isu sebenar dan kesahihan dokumen tu.
Moleklah macam ni. So, kita harap YAB Lim Guan Eng akan tampil dan jelaskan pada semua. Jangan lupa pulak ya YAB. |
|
 |
| |
15. Angin Malam
@ 2/13/2010 3:34:00 PM |
| |
Harap YAB Lim boleh bantu kami semua yang tengah confuse ni YAB. Betoi ka, ada keputusan Majlis Induk Sambutan Maulidur Rasul Kerajaan Negeri bawah YAB yang batalkan perarakan tu?
Kena competent - accountable and transparent dalam hal ni YAB |
|
 |
| |
14. arif
@ 2/13/2010 3:34:00 PM |
| |
| Hijau. tak payahlah nak panggil orang bodoh. Baca betul2. aku kata sahihkan maklumat dulu. aku tak pernah cakap KJ fitnah.. tapi kalau surat tu tak sahih, ianya adalah fitnah dari orang yang tidak bertanggungjawab. Siaper yg makan cili dialah yg terasa pedas. |
|
 |
| |
13. Songkok Hijau
@ 2/13/2010 3:32:00 PM |
| |
| Perenggan 5 surat tu kata kalu nak tahu lebih lanjut boleh contact Ustaz Khairul Azman or Ustaz Muzaffar Ikmal. So, boleh lah kita dok sama call depa, and Ustaz pls jgn dok pusing-pusing pulak ya |
|
 |
| |
12. Hijau
@ 2/13/2010 3:29:00 PM |
| |
Arif. Ko ni bodoh la. Mana ada fitnah. KJ tanya sahih atau tidak. Pohon penjelasan. Bukan fitnah. Kalau pohon pun dah salah tak payah tuduh siapa2 kat mahkamah la.
Bodoh. |
|
 |
| |
11. arif
@ 2/13/2010 3:19:00 PM |
| |
| Hijau,kalau website boleh ubah. apatah lagi GAMBAR surat pekeliling? kalau aku ada black and white copy surat pekeliling, lainlah cerita. Sahihkan maklumat dulu. al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (Maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah) |
|
 |
| |
10. James Bario
@ 2/13/2010 3:13:00 PM |
| |
| Apa kata mintak press try tanya Pejabat Setiauasha Negeri or Ketua-ketua jabatan yang ditujukan oleh surat tu - nak test betoi ke tidak |
|
 |
| |
9. Hijau
@ 2/13/2010 3:11:00 PM |
| |
| Arif. Website tu boleh ubah ubah. Yang pasti dan kekal adalah black and white surat pekeliling. Camana?? Guan Eng Khalifah Umar ni adil ke?? |
|
 |
| |
8. Asam Melaka
@ 2/13/2010 3:09:00 PM |
| |
Ye lah. Bukan Fitnah lah ngok. Mungkin sebab dah takut Guan Eng kona buat U Turn adakan kembali perarakan. Tapi yang kita nak tahu, adakah surat bertarikh 5 Februari ni betul atau tidak. Sah atau tidak??
Kalau sah, maknanya Guan Eng memang niat batalkan. |
|
 |
| |
7. screw driver
@ 2/13/2010 3:07:00 PM |
| |
| Yo yo YAB Lim, I noticed that the letter was also cc-ed to the Private Secretary of your 1st Deputy. Can you please let us know the authenticity of the letter |
|
 |
| |
6. arif
@ 2/13/2010 3:04:00 PM |
| |
Tolong semak fakta sebelum membuat fitnah. http://jaipp.penang.gov.my/
Majlis Perhimpunan Ummah & Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1431H/2010M 26 Februari 2010 (Jumaat) 7.00 pagi - 12.00 tgh Dewan Sri Pinang * Muslimin & Muslimat dijemput hadir |
|
 |
| |
5. Simbok
@ 2/13/2010 3:00:00 PM |
| |
| Kalau betullahh surat ini, terbuktilah Lim Guan Eng dan DAP rasis |
|
 |
| |
4. frink
@ 2/13/2010 2:51:00 PM |
| |
| tahniah YB kerana memperjuangkan isu ini. Rakyat Pulau Pinang tertekan. Melayu tertekan. Cina pun kalau bukan DAP tertekan. India pun tertekan. Lim Guan Eng Ketua Menteri diktator!! |
|
 |
| |
3. Jamban
@ 2/13/2010 2:49:00 PM |
| |
| Check dulu. Kalau betul surat ni sah, Guan Eng perlu berundur!! Ini amat menghina! Apa salahnya mahu berarak? |
|
 |
| |
2. Germu
@ 2/13/2010 2:46:00 PM |
| |
| Salam YB. Inikan yang dimaksudkan Kerajaan Khalifah Umar Guan Eng??? |
|
 |
| |
1. foodcrazee
@ 2/13/2010 2:37:00 PM |
| |
| Thank god its not another attempt to disunite Malaysian. . . . .syukur! |
|
 |
| |
|
|
 |
 |