Kita sering diingatkan bahawa orang muda dan belia merupakan aset penting negara. Dalam konteks Malaysia, di mana 73 peratus daripada penduduknya berumur bawah 40 tahun, golongan muda-lah yang akan menentukan sama ada kita mampu mencapai potensi sebagai sebuah Negara membangun dengan demokrasi dan masyarakat sivik yang matang. Dengan ruang dan potensi yang begitu luas untuk orang muda, golongan ini berpeluang mengorak masa hadapan yang cerah untuk kita semua.
Namun, golongan ini juga berhadapan dengan pelbagai cabaran besar. Baik dalam soal kerjaya, sara hidup mahupun menyuarakan pandangan dalam suasana demokrasi yang kian matang, golongan belia merupakan satu kelompok unik dengan aspirasi, harapan dan masalah yang spesifik. Berlandaskan kesedaran ini, pihak Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan penubuhan
Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Harapan tinggi diletakkan atas Jawatankuasa ini untuk menyelaras program dan dasar yang lebih mesra kepada belia pada segenap lapisan Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan.
Satu lagi inisiatif menarik yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat adalah BN Youth Lab. Idea ini telah
dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri sendiri sewaktu kunjungan hormat Pemuda UMNO kepada YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak pada 17 Februari 2010. Beliau telah mengarahkan Pemuda BN untuk mengendalikan satu makmal – sepertimana makmal yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) untuk enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) – khas untuk belia di Malaysia. Makmal ini akan ditubuhkan untuk mengenalpasti isu-isu yang penting kepada orang muda di Malaysia. Disamping itu, makmal ini juga bakal mencari dan mengusahakan titik sentuhan kepada golongan belia dalam bentuk dasar, program dan pengumuman oleh pihak Kerajaan yang memberi pengkhususan kepada golongan belia.
Saya telah memberi komitmen kepada YAB Perdana Menteri untuk makmal ini menyerahkan laporan terperinci mengenai rumusan makmal ini dalam masa tiga bulan. Harapan saya adalah supaya dalam tempoh masa ini, kami akan mampu mengumpul seberapa banyak maklumat dan pandangan, disamping menguji kesesuaian setiap daripada idea-idea yang dicerna, sebelum pembentangan kepada YAB Perdana Menteri. Untuk menjayakan usaha ini, saya memerlukan bantuan anda.
Dalam minggu-minggu yang akan datang, Makmal Pemuda BN akan memohon pandangan anda dalam isu-isu tertentu. Kami akan menggunakan landasan media baru yang popular seperti
Facebook dan
Twitter untuk menerima maklumbalas anda mengenai idea-idea yang diutarakan dalam makmal tersebut. Kami ingin menjadikan proses makmal ini satu proses yang inklusif serta terbuka kepada mana-mana sahaja orang muda di Malaysia yang mahukan menyuarakan pandangan mereka.
Sungguhpun makmal ini akan dianggotai 20 individu dari pelbagai bentuk latar belakang, selaku anggota tetap, pencernaan idea dan cadangan mereka akan sentiasa diuji oleh orang ramai melalui platform-platform yang dinyatakan tadi. Setelah proses pencernaan idea dalam Makmal BN ini mula berjalan, kami juga akan menganjurkan sesi perbincangan berkumpulan atau
focus group bersama golongan muda - saya berharap anda dapat meluangkan masa untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan ini. Dalam perbincangan berkumpulan ini juga, anda semua dapat memberi maklumbalas mengenai sebarang idea yang diketengahkan oleh anggota-anggota makmal – sama ada menolak langsung sesuatu cadangan yang tidak relevan atau menambahbaik cadangan yang difikirkan sesuai.
Akhir sekali, sebelum penyerahan laporan kepada YAB Perdana Menteri, kami akan menganjurkan beberapa mesyuarat "town hall" bersama para pemimpin tertinggi Kerajaan di mana saya akan membentangkan rumusan makmal untuk dibahas dan dibincangkan. Disamping peri pentingnya segala hasil yang diperoleh dari makmal ini, kami juga sama menghargai proses ke arah hasil atau pengakhiran itu. Kami berhasrat melihat anda semua terlibat sama dalam usaha ini; kami mahu mandengar suara dari seberapa ramai mungkin belia Malaysia. Kami akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai hal ini dalam
blog Makmal Pemuda BN dalam masa terdekat ini. Yang pasti, ini adalah peluang memastikan suara anda - sebagai suara masa hadapan Malaysia - didengari DAN agar idea-idea bernas anda digunapakai dalam pembentukan dasar dan program Kerajaan. Perdana Menteri sedang mendengar. Pemuda BN sedang mendengar. Ayuh, kita bersama membentuk masa hadapan kita.
BN Youth Lab - What matters to you, matters to us.
---
We are always reminded that a country’s youth is its most important asset. For Malaysia, where 73% of our population is under the age of 40, young people will determine if our country can fulfill its potential as a developed nation, mature democracy and civic society. With so much promise and opportunities available to them, the youth in Malaysia are well placed to chart a bright future for all of us.
Yet, there are serious challenges confronting our youth. Whether its securing a job, making ends meet or finding their voice in our maturing democracy, young people are a unique constituency with specific aspirations, hopes and problems. It is perhaps with this realization that the Government recently announced the setting up of a high-level
Cabinet Committee on Youth Development that will be chaired by the Deputy Prime Minister. There is much hope that the Committee will be able to coordinate better programs and policies for the youth across Government ministries and agencies.
Another exciting initiative that’s about to take off is the Pemuda Barisan Nasional Youth Lab. The idea was
mooted by the Prime Minister during Pemuda UMNO’s courtesy call on Dato’ Sri Najib on 17 February. The PM has asked Pemuda BN to conduct a laboratory – similar to those set up by the Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) to work on the National Key Result Areas (NKRA) – specifically for the youth in Malaysia. The lab will be designed to find out what issues are important to young people in Malaysia and to work on ‘touch points’ in the form of Government policies, programmes and announcements that will be tailor-made specifically for youths.
I have promised the PM that we will submit a detailed report on the lab’s findings within three months. I hope that within this time we will be able to gather as much information, views, opinion and stress test enough ideas before presenting our findings to the PM. In order for us to do this well, I need your help.
Over the next few weeks, the BN Youth Lab will be canvassing for your views on specific issues. We will be utilizing popular social media platforms like
Facebook and
Twitter to put ideas out there and to find out what you think of these ideas. We want to make this process as inclusive as possible and open to any young Malaysian that wants to have a say.
Although there will be a permanent lab team made up of around 20 young Malaysians from different backgrounds, their deliberations will constantly be challenged by you via the lab’s social media channels. We will also be running focus groups once the lab has firmed up some of their ideas and I look forward to you volunteering your time to be part of a focus group where you’ll be able to tear apart suggestions that you thing are irrelevant or improve on ideas which you feel are workable. Finally, before I present the report to the PM, we’ll be organizing a couple of town hall meetings with top government leaders where I will present a preview of our findings for debate and discussion.
As much as the results of the lab are important to us, the entire process is equally valuable. We want you to be involved and we want to hear from as many Malaysian youth as possible. We will be posting more information on the
BN Youth Lab blog very soon. This is a great opportunity for your voice – the voice of Malaysia’s future – to be heard AND having your ideas shape Government policies and programmes. The PM is listening. Pemuda BN is listening. Let’s shape our future together.
BN Youth Lab – What matters to you, matters to us.