KUALA LUMPUR, 18 Mac - Tuduhan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim bahawa konsep 1Malaysia meniru konsep yang sama daripada
kerajaan Israel, adalah pembohongan dan hanya bermotifkan politik
semata-mata, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Khairy
yang juga Ahli Parlimen Rembau mencabar ketua pembangkang itu menarik
balik kenyataan yang buatnya dalam Dewan Rakyat semalam atau membuat
kenyataannya tersebut di luar Dewan Rakyat agar tindakan mahkamah boleh
diambil kelak.
“Ini perkara serius, kita tak boleh membuat
tuduhan tanpa mempunyai fakta, saya melihat banyak kenyataan semalam
daripada ketua pembangkang adalah kenyataan bermotifkan politik yang
bukan sahaja mengelirukan anggota Dewan Rakyat tetapi pembohongan besar
kepada rakyat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari
ini.
Selain itu, beliau turut membaca kenyataan yang dibuat oleh
Apco Worlwide yang dikeluarkan hari ini bahawa dakwaan pembangkang
dalam Dewan Rakyat semalam bahawa Apco Worlwide mewakili kerajaan Israel
atau Perdana Menteri Ehud Barak adalah tidak benar.
Apco dalam
kenyataan tersebut memberitahu bahawa pihaknya tiada kaitan langsung
dengan sebarang kempen membabitkan konsep “One-Israel” dalam kerajaan
Israel dan juga tidak mencipta konsep 1Malaysia yang diperkenalkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Khairy.
Apco
Worldwide ialah sebuah syarikat komunikasi strategik antarabangsa yang
berpangkalan di Washington DC, Amerika Syarikat.
— Bernama