April 09, 2010
Hulu Selangor: Pemuda Umno Harap BN Pilih Calon Yang Mesra Pengundi Muda
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno berharap calon yang akan dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini dipilih di kalangan mereka yang dapat diterima pengundi muda.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, faktor tersebut perlu diberi perhatian kerana kajian pergerakan itu mendapati pengundi muda di Hulu Selangor bakal manjadi faktor penentu kepada kejayaan BN untuk merampas kembali kawasan berkenaan.

"Kita harap calon yang dipilih itu hendaklah yang mesra kepada orang muda dan pengundi muda.

"Walaupun kumpulan ini tidak sampai 50 peratus daripada keseluruhan pengundi di situ, tetapi kajian kita mendapati pengundi muda itu boleh menentukan keputusan pilihan raya tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor, dua hari lalu mengumumkan mengekalkan MIC bagi bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

"Pemuda harap kali ini Perdana Menteri boleh memilih seorang calon yang mesra dengan pengundi muda. Tidak kira calon itu orang muda atau tidak, yang penting ia dapat diterima pengundi muda, bersifat mesra serta mudah mendekati golongan muda," katanya.

Beliau berkata kajian yang dilakukan pergerakan itu baru-baru ini mendapati wujudnya kecenderungan di kalangan pengundi muda untuk menyokong BN tetapi ia bergantung kepada calon yang dipilih.

"Ketika ini soal siapa calon bakal dipilih BN menjadi isu di kalangan pengundi muda. Jadi kita harap calon yang dipilih itu adalah calon yang mesra kepada pengundi muda. Pemuda Umno dan BN akan memastikan kempen yang akan dijalankan nanti dapat mempengaruhi golongan itu," katanya.

-- BERNAMA
.
 
 
ARCHIVED POSTS
.
Sep 01, 10
Melayu perlu tegas - Khairy
.
Sep 01, 10
Namewee berani kerana Melayu terlalu bertolak ansur
.
Sep 01, 10
Let Namawee Issue Be A Lesson For All - Khairy
.
Sep 01, 10
Isu Namewee perlu jadi pengajaran pada semua - Khairy
.
Sep 01, 10
Pas terhegeh-hegeh jaga hati DAP - Khairy
.
August 2010 (24)
July 2010 (24)
June 2010 (19)
May 2010 (5)
April 2010 (18)
March 2010 (15)
February 2010 (12)
January 2010 (20)
Year 2009
Year 2008