Siaran Akhbar: Aman Malaysia Lancar Kempen "SMS Untuk Gaza"
SIARAN AKHBAR 4 JUN 2010 AMAN MALAYSIA LANCAR KEMPEN SMS UNTUK GAZA
KUALA LUMPUR -- Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN MALAYSIA), hari ini disertai Pemuda UMNO dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam perhimpunan mengecam tindakan agresif rejim Zionis Israel ke atas sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.
Kumpulan berkenaan mengadakan demonstrasi secara aman dan sebulat suara dalam mempamerkan kemarahan yang amat sangat terhadap penindasan regim Zionis ke atas rakyat Palestin.
Tanpa mengira perbezaan ideologi atau kepercayaan, ribuan rakyat Malaysia mengecam perlakuan biadap Israel dan bersatu untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia.
Pengerusi AMAN MALAYSIA , Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, sejak sekian lama, rakyat Malaysia amat marah dengan pelbagai tindakan kejam Israel, termasuk pembunuhan dan penindasan dalam pelbagai cara ke atas rakyat Palestin.
“Kekejaman dan tindakan biadap tanpa mengira undang-undang dunia, seperti serangan ke atas petugas sukarelawan yang menghantar bantuan menerusi kapal ke Gaza amat dikesali dan menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat Malaysia.
“Malah, bukan sahaja membakar semangat rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, tetapi juga di kalangan masyarakat dunia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya,” kata beliau.
Sempena perhimpunan itu, penasihat AMAN MALAYSIA Khairy Jamaludin turut melancarkan kempen "SMS Untuk Gaza” bagi membolehkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan bagi rakyat Palestin.
Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS “GAZA” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia. Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM0.50. Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan TELCO yang dikenakan) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.
Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO, berharap rakyat Malaysia akan mengguna kesempatan ini bukan sahaja untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin, tetapi sebagai menggambarkan sokongan kepada keamanan selain mengecam tindakan tidak berperikemanusian regim Zionis.
“Rejim Zionis langsung tidak menghormati undang-undang dunia dan kami menuntut Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu agar mengenakan tindakan keras terhadap Israel ekoran insiden ini, ,” kata beliau.
- - -
PRESS RELEASE 4 JUNE 2010 AMAN MALAYSIA LAUNCH SMS FOR GAZA CAMPAIGN
KUALA LUMPUR -- Peoples Alliance for Peace Malaysia (AMAN MALAYSIA), today joined forces with UMNO Youth and Non Governmental Organisations (NGO) in showing their anger following the recent act of Zionist aggression against aid volunteers to Gaza.
The group held a peaceful gathering in a solid show of support for and to demonstrate their solidarity with the long-suffering people of Palestine.
Putting aside different political ideologies or beliefs, thousands of Malaysians sent a strong message to the world, condemning the Zionists’ aggression at a demonstration held after Friday prayers at Masjid Negara here.
AMAN MALAYSIA Chairman, Datuk Ahmad Zaki Zahid said, over the years Malaysians have been angered by the many acts of aggression by the Zionist state of Israel and this time around, the recent attack on volunteers, including from Malaysia, who were on an aid mission via ships to Gaza, has further fueled the anger to a new high.
“The action of the Zionists has led to more anger and hatred the world over and AMAN MALAYSIA joins the citizens of the world, regardless of race and religion, in condemning these uncivilized acts,” he said.
On a similiar note, demonstrating a pro active move, AMAN MALAYSIA Advisor, Khairy Jamaludin launched the “SMS For Gaza” campaign, a platform to enable Malaysians to show their support for the people of Gaza.
Malaysians may SMS “GAZA” to 32928, with the aim of collecting as many SMS'es as possible to demonstrate solid Malaysian support for Gaza. All SMS'es will be charged a nominal rate of RM0.50 per SMS, all of which (other than mobile TELCO charges) will be collected and sent to Gaza through the Malaysian Ministry of Foreign Affairs.
Khairy who is also the Umno Youth Chief hopes that Malaysians will use this opportunity to demonstrate Malaysians’ support for Gaza.
“The Israel Zionist regime is a brutal regime that has no respect for the law whatsoever. We demand that the United Nations Security Council impose the sternest action possible, against Israel over this incident, and we call upon the international community to condemn this atrocity in one voice,” he said.
-ends-
Reader Comments
10. Lembit Opik
@ 6/7/2010 3:39:00 PM
yassir, KJ kata Pemuda sanggup pergi memerangi mereka. Awak pergi ke tak?
Lagi pun perang tu banyak cara...jangan sinis..ini usaha murni..awak dah sms belum?
9. Asam Melaka
@ 6/7/2010 3:38:00 PM
Betul tu BBI, ini lah Ketua Pemuda yg kita mahu...sanggup bertarung..bukan sekadar air liur bercakap sahaja. Hidup Prebet YB KJ!!
8. BeliaBenciIsrael
@ 6/7/2010 3:37:00 PM
Saya tertarik dgr YB KJ kata YB berani ke Palestin berjuang utk hak dan kebajikan orang palestin..tolong inform kitorang pun nak pergi!!
7. matselangor
@ 6/7/2010 3:36:00 PM
Ok saya dah sms 5 kali..esok saya sms banyak lagi..akan bagitau rakan2 dan keluarga
6. jangga
@ 6/7/2010 3:33:00 PM
Saya harap rakyat Malaysia secara total tak kira agama bangsa budaya dan latar belakang akan berganding bahu menjayakan program ini...ini bukan soal agama Islam sahaja tetapi soal kemanusiaan yg menuntut pembabitan semua.
5. vindaloo
@ 6/7/2010 3:32:00 PM
Syabas YB KJ dan Pemuda UMNO kerana melancarkan kempen ini. Guna teknologi utk permudahkan amal kebajikan demi kepentingan umat manusia seluruh dunia.
4. Brains
@ 6/7/2010 3:31:00 PM
bantulah saudara kita di Palestin...50 sen saja satu sms...patut bagi 50 ringgit..
3. bAs
@ 6/7/2010 3:30:00 PM
Tahniah atas usaha murni ini.
2. frink
@ 6/7/2010 3:30:00 PM
Ini yang dimaksudkan perpaduan Islam...tolak tepi kepentingan politik masing2
1. yassir
@ 6/4/2010 5:49:00 PM
adoi... sms je ke???
”Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”. [TMQ At-Taubah (9) : 14].