June 15, 2010
Biasiswa JPA
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) menggesa Kerajaan mengkaji semula keputusan untuk mengurangkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diberikan kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian ijazah ke luar negeri.

Pemuda UMNO menerima hakikat bahawa kos menampung pengajian luar negeri adalah amat tinggi, tetapi kami berpandangan bahawa ini merupakan pelaburan yang membawa pulangan jauh lebih tinggi kepada negara Malaysia dalam bentuk modal insan yang berkelulusan tinggi. Malah, berdasarkan rasional ini, Pemuda UMNO menggesa Kerajaan menambah lagi jumlah biasiswa luar negeri JPA untuk anak-anak muda Malaysia dan bukan mengurangkan jauh lagi menghapuskan peruntukan ini.

Berdasarkan maklumbalas dari kalangan orang ramai, satu-satunya isu utama berkenaan biasiswa JPA ini adalah kaedah pembahagiannya. Kriteria pemberian biasiswa ini perlulah jelas, telus dan berlandaskan merit disamping mengambilkira Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Untuk memastikan pulangan maksima kepada negara, Pemuda UMNO mencadangkan agar biasiswa ijazah sarjana muda luar negeri diberi dengan kriteria yang adil dan telus serta hanya untuk kursus-kursus kritikal dalam universiti terkemuka, seperti institusi-institusi yang tergolong dalam kedudukan 10 tertinggi di dunia.

Selain itu, amat sukar bagi rakyat menerima keputusan mengurangkan jumlah biasiswa JPA tatkala Kerajaan sedia membelanjakan RM800 juta untuk bangunan Parlimen baru disamping berita berhubung kait dangan peningkatan kos pembinaan Istana Negara baru yang juga dijangka mencecah RM800 juta. Dari perspektif rakyat, jumlah besar untuk membina bangunan Parlimen baru itu lebih sesuai diperuntukkan untuk biasiswa yang menjadi teras pembangunan modal insan. Apatah lagi, keputusan mengurangkan jumlah biasiswa ini dibuat hanya beberapa hari selepas YAB Perdana Menteri mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10 yang mensasarkan negara kita mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Jika benar Kerajaan serius dengan objektif ini, maka pembiayaan biasiswa perlu ditingkatkan kerana pendidikan berkualiti tinggi adalah asas kepada sebuah negara yang maju.

Selaku Ahli Parlimen, saya sedia duduk dalam bangunan Parlimen sedia ada jikapun ada kebocoran siling sekali-sekala, daripada melihat sejumlah wang besar dibelanjakan untuk keselesaaan Ahli Parlimen sedangkan ia boleh digunakan untuk menjanjikan masa hadapan lebih cerah untuk negara dan anak-anak kita.
 
 
 
Reader Comments
9. farzreen
@ 6/26/2010 10:51:00 PM
 
assalamualaikum yb rembau...
apa gunanya kalau biasiswa JPA hanya untuk anak "orang berada" sahaja....sedangkan ibu bapa kami yang kurang berkemampuan ini terpaksa mambuat pinjaman bank bagi menanggung kos pengajian kami...keputusan kami yang "menggunakan duit sendiri" ini adalah lebih ncemerlang dari pelajar tajaan JPA...silalah buka mata YB pada kami..kami juga pelajar perubatan...kami juga bakal menyumbang untuk negara satu hari nanti.
 
8. Eng Yao
@ 6/18/2010 3:08:00 PM
 
Good take. Let's hope that the government agrees with you.
 
7. Abdul Muiz
@ 6/16/2010 5:53:00 PM
 
Assalamualaikum YB Rembau,

Pada pendapat saya,biasiswa patut diteruskan terutamanya terhadap anak-anak Melayu cemerlang yang ingin meyambung pengajian di universiti luar negara.Namun begitu pihak kerajan juga perlu memberi biasiswa kepada kaum-kaum bukan bumiputra supaya mereka juga dapat menikmati bisiswa dan melanjutkan pengajian di universiti luar negara.Hal ini pun selaras dengan konsep 1Malaysia.

Tidak salah kalau pihak kerajaan berkorban duit semata-mata demi pendidikan rakyat.

Kepada YB Rembau dan rakan-rakan yang lain,anda dijemput menjadi pengikut di blog saya iaitu http://kalammindamuiz.blogspot.com/.Anda boleh juga memberi komen di samping membaca blog saya.

terima kasih.
 
6. Din
@ 6/16/2010 10:33:00 AM
 
Terima kasih bro.

Projek Parlimen baru ini memang tidak patut.

Kalau UK boleh guna Parlimen yang lebih 100 tahun, mengapa Malaysia tak boleh pula?

Yang sedihnya, pelaburan dalam pendidikan anak-anak yang berkeupayaan tidak diendahkan.

Pendidikan anak anak muda kita haruslah menjadi keutamaan kerajaan!
 
5. Chan
@ 6/16/2010 10:17:00 AM
 
Well said bro KJ.

If gov really wants to improve the per capita income of this country then investment in brain matter is the way to go, ala Tun Razak(cruelly underrated) days.

Sadly this gov is returning to the Dr.M(overrated)days where mega projects with no long term benefit are at large and ridiculously rich individuals are reaping the benefits.
 
4. Chris
@ 6/16/2010 8:25:00 AM
 
Must admit that I've never been a fan. But this post has totally changed my opinion of you. If only more BN would say the same.

 
3. Junkie
@ 6/16/2010 5:05:00 AM
 
Now u r talking beb... n for once i am willing to listen....
 
2. Ikram
@ 6/15/2010 7:03:00 PM
 
Saya sokong cadangan untuk tambahkan biasiswa ini. Saya telahpun mendapat tempat dalam Master Degree di sebuah universiti di united kingdom, tetapi di dalam dilema kerana belum mendapat tajaan (biasiswa). Kalau ada jalan, saya mahukan biasiswa, kerana bidang pengajian saya berkenaan sumber tenaga baru. Ketika saya belajar di Jepun untik Bachelor Degree in Eng., dapat dilihat agak ramai bilangan pelajar yang sedang menikmati biasiswa JPA, tetapi pada masa yang sama asyik menyatakan kerajaan salah, dan pembangkang lebih baik.
 
1. Amirul
@ 6/15/2010 4:58:00 PM
 
Saya sokong pendapat YB. Mengapakah jumlah wang yang sebanyak itu disalurkan untuk projek yang tidak perlu?

Ternyatalah, pendidikan untuk pemimpin masa depan kita lebih penting, terutamanya dalam mencapai hasrat PM supaya negara kita mencapai status negara maju serta berpendapatan tinggi.
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
Sep 09, 10
Hari Raya Aidil Fitri
.
Sep 01, 10
Namewee
.
Sep 01, 10
Segera laksanakan gaji minimum
.
August 2010 (14)
July 2010 (6)
June 2010 (7)
May 2010 (1)
April 2010 (2)
March 2010 (1)
February 2010 (4)
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008