June 24, 2010
Lesen Pertaruhan Sukan Bolasepak
Sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tawau pagi tadi, saya telah mengumumkan pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) berhubung isu lesen pertaruhan atau judi sukan bolasepak.

Walaupun pendirian ini telahpun disampaikan kepada pucuk pimpinan melalui saluran dalaman sebelum ini, kini saya rasa terpanggil untuk menyatakan pendirian Pemuda UMNO secara terbuka kerana masih ada tekanan dari pihak-pihak tertentu untuk menjayakan permohonan Ascot Sports. Syarikat itu juga telah memberi gambaran kononnya mereka telah menerima kelulusan dari Kementerian Kewangan untuk memulakan operasi dengan menawarkan pertaruhan bagi perlawanan bolasepak.

Memandangkan YAB Perdana Menteri masih memberi ruang untuk maklum balas umum mengenai perkara ini, maka Pemuda UMNO mengambil kesempatan ini untuk melahirkan pendirian kami berdasarkan kepada kebimbangan generasi muda.

Pendirian Pemuda UMNO mengambil kira beberapa perkara, antaranya:

1) Lesen pertaruhan ini tidak diterima dengan baik oleh majoriti rakyat Malaysia tidak kira agama. Sudah tentunya umat Islam membantah sebarang cadangan sebegini kerana ia bertentangan dengan ajaran agama disamping tidak yakin dengan jaminan bahawa orang beragama Islam tidak akan terlibat dengan gejala judi ini, walaupun dikendalikan oleh pengusaha berlesen.

Bukan sekadar itu, ramai orang bukan Islam juga tidak bersetuju dengan cadangan pemberian lesen ini, lebih-lebih lagi apabila ada suara yang menyatakan bahawa judi itu adalah sebahagian dari budaya mereka.

2) Hujah bahawa judi sudahpun menjadi perkara yang lazim melalui pasaran pertaruhan haram yang berleluasa juga dapat disanggah apabila kita melihat penguatkuasaan yang berkesan dalam dua minggu yang lepas ini. Isunya bukan sama ada judi itu adalah sebahagian daripada realiti lantas wajar dihalalkan, tetapi yang penting adalah iltizam untuk menguatkuasa undang-undang sedia ada bagi membanteras kegiatan jenayah ini. Mutakhir ini kita membaca laporan mengenai serbuan dan operasi pihak polis membanteras gejala judi habis-habisan. Ini membuktikan bahawa jika ada komitmen dan iltizam, maka masalah judi haram boleh ditangani. Pemuda UMNO di sini juga menggesa agar penguatkuasaan yang kita saksikan akhir-akhir ini bukan bermusim dek kerana isu lesen pertaruhan ini hangat atau musim Piala Dunia, sebaliknya penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara berterusan.

3) Persoalan juga timbul mengapa Ascot Sports telah membuat kenyataan mengenai lesen yang kononnya bakal diberi kepadanya tanpa sebarang kelulusan dari Kementerian Kewangan? Bukankah sepatutnya lesen ini ditawarkan secara tender terbuka? Alasan bahawa lesen yang diberi ini kononnya adalah untuk memperbaharui lesen yang pernah diberi dahulu tidak boleh diterima sama sekali kerana lesen tersebut telah pun luput. Maka, Ascot Sports tidak lagi mempunyai hak penafian pertama atau first right of refusal.

Oleh sebab-sebab di atas, Pemuda UMNO membantah sekeras-kerasnya sebarang cadangan pemberian lesen judi atau pertaruhan sukan bolasepak dan berharap bahawa Kerajaan akan mengumumkan keputusan muktamad mengenai perkara ini dalam masa terdekat, setelah mengambilkira sentimen dan maklum balas dari rakyat Malaysia.
 
 
 
Reader Comments
44. apoi
@ 7/23/2010 10:48:00 AM
 
Salam YB..
Sewajarnya pemimpin2 kerajaan yang lain juga berani menyatakan pendirian seperti yang telah YB lakukan.
Sebagai pemerhati saya mendapati YB cukup popular di era pak Lah dan populariti YB melonjak selepas era kejatuhan Pak Lah.
Apa pun pesanan saya sebagai saudara semuslim, Amal Maaruf Nahi Mungkar, nescaya selamatlah kamu dari malapetaka.
Jangan GiveUp untuk melakukan kebaikan dan perubahan. Berhentilah melakukan kemungkaran!
All the best!
 
43. Junkie
@ 7/12/2010 4:31:00 PM
 
Salam YB

We have to do something..

wat i can do is pray and hope... tho i love to do more... wat u can do is much more than many many like me...

but i will extend my hand to be with your hand so that what u do will be stronger n more firm and more in focus...

Fight on... i dont think the big guns really care apa rasa n fikiran melayu on the streets.. yes.. we know they dont care n u YB is at the right place and time to do something...

For heaven sake.. fight.. n fight on.. n what r u waiting for... u got nothing to lose... when we are fed up and disappointed with pimpinan UMNO nagn neptism n cronyism and politik wang n kenyangkan perut sendiri... till we are ever willing to give our votes away just to frustrate UMNO.. u better do something then... before most of us self destruct and a republic is on the way...

After all have been said and done.. lets put Rais back into the museum... typical chauvinist .. so that he can ponder on.. is it liberalism or freedom of choice will be his option when he return to 6 feet underground...
 
42. Bintang Utara
@ 7/5/2010 10:57:00 PM
 
I'm shocked that you actually stood up against gambling. I had thought the hero was dead. How did it become a real issue for you? Due to some pressure groups? How accurate it was that declaring your stand would garner you support from your sceptics right across the board and boost the confidence in you from amongst those who would always praise you even if you were wrong. The stealth ones who have always believed in you and shouted the way for you to go, you've never appreciated nor acknowledged. May one day you realise who sincerely cried when UMNO booed you in their assembly...because the criers saw what was deep in the recesses of your heart when you were such a gentleman to the families of ISA when they approached you in Parliament. The flies are dead....the hero lives and the credit is always all yours.
 
41. MANSLANET
@ 7/2/2010 9:56:00 PM
 
salam YB. nampaknya YB terikut2 dgn golongan ultra kiasu yg sentiasa mengambil peluang utk mempersoalkan hak melayu di bumi sendiri .janganlah membabi-buta mengkritik PERKASA yg sangat berani mempertahankan hak2 melayu dan islam. kritikan Ka Siong,MCA haruslah diambil serius kerana ia memperlekehkan usaha MARA utk kemajuan melayu.Mungkin YB berjaya belajar di luar negara kerana pembiayaan keluarga sendiri tak seperti beribu-ribu pelajar melayu yg tidak berkeupayaan seperti keluarga YB. sedarlah melayu masih perlukan tongkat, selamilah keluarga2 yg tinggal daif, di pedalaman yg hidup kais pagi hanya utk kehidupan yg tak menentu.YB jangan lupa diri kerana keluarga YB adalah golongan elit. kami keluarga melayu majoriti terdiri drp orang susah dan sederhana, tiada harta, tiada kabel dan tiada pangkat dlm kerajaan atau swasta yg akan menentukan survival keluaga kami. Kami rasa terhina dgn kritikan Ka Siong yg tidak sensitif. Sepatutnya kita orang melayu menuntut agar Ka Siong meminta maaf dengan kenyataan yang biadap, celupar itu. YB janganlah jadi jaguh golongan ultra kiasu ini. Celikkanlah minda YB dengan membaca rencana Dr Riduaan Tee di Utusan Melayu kerana beliau amat memahami firasat golongan ulta kiasu ini.wassalam
 
40. UmnO grass Rotten
@ 6/27/2010 6:41:00 PM
 
Syabas YB.......setelah balik daripada fardu haji yb lebih menghayati nilai-nilai murni islam......Dato Sri Rais Yatim cakap tak guna akal......buat malu UMNO aje.keluar statement terima judi dengan lengkap berbaju melayu....apa punya orang nie
 
39. Joe Black
@ 6/25/2010 3:14:00 PM
 
The Best Statement so far to Come out over this issue. Gambling is a social ill and should not be encouraged by any government unless it is supported by the Mafia.
 
38. aisay
@ 6/25/2010 1:15:00 PM
 
Tahniah YB,
Jila judi bola diluluskan, kelak ramailah orang Melayu yang terjerumus dalam kancah porak peranda ini.
Lihatlah di kedai nombor ekor setiap hari,
ramainya orang Melayu yang beratur panjang, tanpa rasa dosa.
Apabila arak, kasino, no.ekor dan bola di beri lesen dengan alasan ''susah dikawal'', nescaya suatu hari nanti, lesen pelacuran akan dipohon pula, dengan alasan ''susah dikawal!''
 
37. Alex HRP
@ 6/25/2010 12:06:00 PM
 
Well done......it's nice to see there are sensible people in BN......what Rais or peers fail to see is that by stereotyping a certain race to gambling, is actually showing the type of politicians BN has...the worst lot....Thank God you have the sense and balls...Malaysians now are smart people....they will always welcome people like you.........
 
36. Yunus
@ 6/25/2010 11:28:00 AM
 
YB KJ, walaupun saya tak sokong umno tapi dalam soal ini saya respek dgn YB kerana berpendirian teguh. benar tetap benar, salah tetap salah.
 
35. anti judi
@ 6/25/2010 10:24:00 AM
 
Tahniah YB Rembau ! Judi bukan budaya orang bukan islam !saya bantah pemberian lesen judi bola ! kalau yb tinjau di outlet 4d di KL dari pukul 4 -7 petang pada hari ahad, sabtu & rabu ,yang berbaris untuk betting 4d ,70% adalah orang orang muslim ! sedangkan dalam syarat lesen operator tidak boleh menerima pertaruhan orang orang muslim !
 
34. Widijay
@ 6/25/2010 10:18:00 AM
 
I'm Singaporean Malay and I have been following the sports betting issue in Malaysia. Gambling not only destroys families but our societies as whole. You have my vote. Keep up with the good work. May Almighty Allah bless you and your family.
 
33. Zinedine Yeam
@ 6/25/2010 10:15:00 AM
 
YB KJ, Congratulations to you for making this stand. I'm chinese and i dont gamble and its has never been my culture to gamble. This objection is for the people of Malaysia irrespective of race and religion. On the lighter side you are going to make that old man more pissed off with you now.
 
32. abdul rahim
@ 6/25/2010 9:31:00 AM
 
Salam YB...really appreciate Pemuda UMNO and your stand on this issue. May Allah bless you for your future endeavor.
 
31. James
@ 6/25/2010 9:15:00 AM
 
Good move YB. I want to stress here that people who gamble with illegal bookies will never gamble with legal ones due to factors stated below. Perhaps VT needs the licence for something else.....money laundering comes to mind!
 
30. Calvin C
@ 6/25/2010 5:07:00 AM
 
I must give credit where credit is due, altho I believe that the current powers that be are too Self-Interest Sdn. Bhd. to be rescued, but Syabas! you have done the right thing for Malaysia. We will remember this.
 
29. Osama
@ 6/25/2010 12:01:00 AM
 
My deepest thanks for your stand on this sports betting issue. Despite the protests from vast segments of Malaysian society, yet, the connected are still determined to see their plans to implement sports betting in Malaysia.

Khairy, please understand that those Chinese betting with illegal bookies will never bet with legalized insitutions because of the higher odds offered and the distinct advantge of half a goal. I really do not understand, though I have tried to get as much information as possible on this matter, but, I was told only fools will bet with legalized outlets.

It is clear, the legalized outlets target new gamblers, and the youths, specifically the Malay youths are the targets. Malays are the most passionate football fans and the Malay youths are the targets. Right now even if they wanted to bet, they do not have the channels to bet as they are ashamed to bet with the Chinese illegal bookies.

Look at the 4d outlets, look at the numbers of Malays betting. If 4d had never been legalized during the Mahathir era, will you see so many Malays gambling today? Mahathir must be congratulated for promoting gambling to the Malays. Further, if football betting is introduced, you may see, food missing from the dinner table, infants going without their milk powder. Of course the argument that Singapore had legalized football bettings and started two new casinos, but, really, do the Government realized that Singapore's per capita income is 5 times that of Malaysia? In that case Singaporeans have extra money to indulge in sports betting whereas Malaysians can hardly make ends meet, and further gambling will deprive young families of food for the family, milk for the infants and education for the youths! Well done, Khairy, you will go far in Malaysian politics, you had done so well in the "Allah" issue, you had done so well in the sports betting issue, you had done even better to put that dickhead Abraham Ally in place. Continue to pursue the middle path without sidelining the Malays Khairy, and you will go extremely far. Being sidelined from a Ministerial position is bad enough, but, now UMNO Baru needs you more than you need them. Be firm and you will win and win handsomely.

If the Government has brains, the MOE job should have gone to you, but, understanding MM, you will not realized your ambition not for the immediate future.

Once again Khairy, there is no need for legalized sports betting. Our PDRM had been doing an excellent job to curb sports betting. Only fools will buy the reason that legalizing sports betting will control illegal betting. It does not work anymore, the people are smarter today, and will not just kowtow to whatever the leaders say like previously. Especially now, when the leaders promoting legal sports betting are leaders who had done much harm to the country!
 
28. Eric
@ 6/24/2010 11:54:00 PM
 

Hi Bro, I was never a fan but after this declaration you got my vote. Way to go bro !
 
27. Me
@ 6/24/2010 11:28:00 PM
 
If they want to legalize it why not open a tender for those who wants to operate it and the gov can easily get 700 mil. Vincent Tan 70%= 400 mil. Instead of this money go to VT it will go to GOV coffer just like how the Indian gov tender it communication spectrum
 
26. sweety
@ 6/24/2010 11:00:00 PM
 
good that u FINALLY made ur own stand! but why aren't you stated it earlier b4 the issue started? or why aren't you answer this whenever you been question by the opposition side?

what took you so long to "figure" the problems?
 
25. Gee Kay
@ 6/24/2010 10:47:00 PM
 
Syabas YB K.J,

Keep up the good work.This is what we, the rakyats want. Hope the govt consider our views.
 
24. hardy
@ 6/24/2010 9:58:00 PM
 
Bravo, i always knew you r a good man regardless what they say abt you.Gambling not only destroys family but a society as whole.
 
23. Habib RAK
@ 6/24/2010 7:44:00 PM
 
Your stand against sports betting is commendable. Though I am still very skeptical about you, I am forced to acknowledge your efforts here because it is the right thing you have done. Further, your position against Ibrahim Ali on schorlarship is also commendable. Perhaps, Allah has open your heart to the right path. Keep it up and you may win many us over.
 
22. Anon
@ 6/24/2010 6:49:00 PM
 
Saya sebagai seorang Ahli Sebuah Parti yang memerintah amat bersetuju dengan pendirian YB yang mewakili pemuda UMNO didalam menanggani masalah Judi Bola ini.

Syabas YB!!! Suatu langkah yang bijak bagi mengawal para belia terjerumus kealam perjudian tidak kira bangsa dan agama.
 
21. Iskandar
@ 6/24/2010 6:20:00 PM
 
Agree whole heartedly..btw congrats for having the backbone to "lawan tauke". I suggest go all the way, you have nothing to lose. Don't politic..just do what is right.
 
20. Lakers
@ 6/24/2010 6:14:00 PM
 
Yes Bro,
You are wise and educated. Use your wisdom righfully to lead !
Camno si Rais to boleh lak suroh halalkan judi yang haram tu, es es es.
Tapi dio tu juak kau juo, tapi bodoh !
 
19. Micahel R
@ 6/24/2010 5:56:00 PM
 
Saudara Khairy !

God Bless You ! Saya teruja dengan pendirian saudara. Saya gembira kerana dalam kelompok Menteri dan ahli politik yang jahil masih ada seorang Hamba Tuhan yang tahu menilai dan meghormati kaum lain. Saya begitu kecewa dengan pendirian YB Nazri dan YB Rais Yatim. Mereka menegeluarkan kenyataan seumpama kami (bukan Islam) adalah kaum yang begitu rendah martbatnya dari segi adat dan keagamaan. Saya ingin memaklumkna kepada semua pembaca blog ini , judi, maksiat mahupun pengambilan arak BUKAN cara hidup orang bukan Islam. Kami juga tidak perlukan wang yang diperolehi dari perniagaan yang berasaskan entiti negatif , seperti yang disorkan oleh YB Rais. Semua orang harus sedar yang kesemua entiti negatif ini ada diamalkan oleh semua kaum, bezanya tergantung kepada individu itu sendiri. TIDAK ADA sebarang bukti yang mengatakan entiti negatif boleh diamalkan dalam Agama bukan Islam. Maka saya menyeru semua rakyat agar dapat menganggap kami(bukan Islam) sebagai ahli keluarga MALAYSIA yang menjalani hidup berlandaskan ciri-ciri keagamaan yang paling optimum. Kalau ada yang tercicir bukan kerana Agama kami tapi lebih terjurus kepada budaya kotemperari.
Terima kasik sekali lagi kepada Saudara Khairy.
 
18. gaz
@ 6/24/2010 5:51:00 PM
 
Sebagai anak Rembau saya pertama kali saya ucapkan syabas YB.Suara pemuda hendaklah lantang supaya pemimpin tidak terpesong.Suara-suara Menteri Tok Rais (expired) ni sangat memalukan nogori,makin tua makin melalut.
 
17. Marcus
@ 6/24/2010 5:34:00 PM
 
I totally agreed with your stand. Recently, a low standard (pariah) minister made a statement saying "gambling is part of Chinese culture" is totally unacceptable. He should change his "mode" and arrogance. There is no place in Malaysia to have the existence of this kind of pariah minister who have no wisdom. Malaysia should move forward not backward in order to compete with the world.
 
16. Haram Judi
@ 6/24/2010 5:33:00 PM
 
By saying gambling is the Chinese culture is a major insult to the Chineses who are not gambling.

By saying corruption is a way of life of UMNO will insult the genuine UMNO members who really want to fight for Malay agendas.

I really hope the ministers need to seriously think about the consequence before making any statement.
 
15. shahrulzaman
@ 6/24/2010 5:33:00 PM
 
Saudara Khairi yg berhormat.

Saya amat setuju diatas pendirian Saudara, malah semua rakyat Malaysia berpendirian sealiran dengan saudara. Apa kah dengan wang
judi disogokkan untuk kepentingan tertentu atau pembangunan negara. Kita patut berasa malu jika memberi kenyataan dengan menyokong untuk meluluskan lesen judi.Sebagai negara yang merdeka dan agama rasminya adalah islam kenyataan sedemikian sepatutnya tidak berlaku.
 
14. RJ Raymond
@ 6/24/2010 5:31:00 PM
 
Just imagine how one can be instantaneously rich. By just receiving the license,the recipient makes RM 0.5 billion in cash without lifting a finger. How generous can our government be to the chosen few.
 
13. gamma ray
@ 6/24/2010 5:24:00 PM
 
Dear YB,

This is the first time I read something positive from you for the benefit of the entire nation irrespective of religiion and race. Please keep it up and start speaking up for other atrocities committed as well.
 
12. Am
@ 6/24/2010 5:24:00 PM
 
Syabas YB di atas pendirian yang tegas ini...
 
11. Khai
@ 6/24/2010 5:00:00 PM
 
Sokong. Implikasi Moral penting. Lagipun, mereka yang mampu mendapat kebaikan daripada isu ini bukanlah rakyat tetapi bookie/pengurus judi.
 
10. Pete
@ 6/24/2010 4:41:00 PM
 
Thank you on your stand. I feel insulted when Ministers say that gambling is a culture of non-Muslims. It is not the culture of anyone in the world. One is not encouraged to gamble. If you still want to do it, then you have to bear the consequences. Why does the ruling government still want to alienate the people?
 
9. Qaisar
@ 6/24/2010 4:09:00 PM
 
I agree with you YB and Wong. The moral implications outweigh the economic benefit.

Furthermore, this country still has more legitimate means of making profit. Hence, ban gambling due to the potentially harmful affects on our people's morals.
 
8. Wong
@ 6/24/2010 4:03:00 PM
 
Memang benar bahawa keuntungan yang bakal diterima oleh kerajaan jikalau lesen judi ini diluluskan adalah besar tetapi kita harus berfikir tentang implikasinya terhadap rakyat.

Rakyat yang kian terjerumus dengan judi akan mengalami masalah moral dan kewangan sepertimana yang kita lihat di barat.

Bagi mereka yang tidak lagi mampu untuk berjudi, mereka akan meminjam wang dari Ah-Long, mencuri dan sebagainya.

Adakah kita mahu perkara sebegini untuk berlaku?
 
7. Joe
@ 6/24/2010 3:49:00 PM
 
Saya sokong penuh bro!
 
6. Zud
@ 6/24/2010 3:44:00 PM
 
Sokong penuh! Judi itu haram!
 
5. Jim Nunn
@ 6/24/2010 3:43:00 PM
 
YB kudos to you for taking a non-religion based stand on this issue. Fact, gambling is NOT ENCOURAGED by any religion.
 
4. Syapek
@ 6/24/2010 3:38:00 PM
 
Sokong. Judi ini haram disisi Islam dan tidak digalakkan dalam agama lain.
 
3. adib
@ 6/24/2010 3:29:00 PM
 
keliru skg...
kenyataan Awang Adek lain, dia kata kerajaan dh bagi tender judi tu kt ascot..Yb pula kata x...kalu saya, mesti saya percaya Tim.mentri Kewangan sbb dia lebih mgerti hal ni..
tuntasnya : lesen judi bola dh diberi...
 
2. Ong Pang Yap
@ 6/24/2010 3:15:00 PM
 
I agree with you. Furthermore, gambling isn't part of the Chinese culture hence making it a bad excuse to say that it is in accordance with the rights of the Chinese people to legalise gambling.
 
1. Aiman
@ 6/24/2010 3:12:00 PM
 
Syabas YB kerana mengambil pendirian yang tegas dalam isu ini. Judi ini bukan sahaja tidak digalakkan dalam agama Islam, malah dalam agama lain juga.
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
Sep 09, 10
Hari Raya Aidil Fitri
.
Sep 01, 10
Namewee
.
Sep 01, 10
Segera laksanakan gaji minimum
.
August 2010 (14)
July 2010 (6)
June 2010 (7)
May 2010 (1)
April 2010 (2)
March 2010 (1)
February 2010 (4)
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008