June 17, 2010
62% pengundi belia atas pagar - Khairy
KUALA LUMPUR 17 Jun - Pemuda Barisan Nasional (BN) mendapati kira-kira 62 peratus golongan muda masih tidak membuat keputusan mengenai parti pilihan mereka untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dicapai ketika menjalankan kajian ke atas kira-kira 1,000 golongan muda dari seluruh negara dua bulan lalu.

Menurutnya, beliau mendapati kebanyakan mereka khususnya dari kawasan pedalaman masih berada di atas pagar dan hanya akan membuat keputusan pada hari pilihan raya sahaja.

“Bagi membanteras gejala ini, Pemuda BN sudah pun menjalankan beberapa aktiviti sejak kebelakangan ini. Antaranya, jelajah 1Malaysia dan Rally 1Malaysia untuk mendampingi golongan muda bagi melahirkan sentimen BN di kalangan mereka.

“Setakat ini kami melihat sedikit peningkatan dalam sokongan yang diberikan oleh penduduk di negara ini terhadap kerajaan dan BN. Ia telah pun terbukti ketika menghadapi pilihan raya kecil di Kelantan dan Selangor baru-baru ini,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini hari ini.

(Source: Utusan Malaysia)
.
 
 
ARCHIVED POSTS
.
Sep 08, 10
Pemuda UMNO Cadang Kerajaan Panggil Pulang Warga Kedutaan Di Indonesia
.
Sep 07, 10
Sends Strong Message To Indonesia - Umno Youth
.
Sep 07, 10
Wisma Putra diharap tidak lagi berlembut
.
Sep 01, 10
Melayu perlu tegas - Khairy
.
Sep 01, 10
Namewee berani kerana Melayu terlalu bertolak ansur
.
Sep 01, 10
Let Namawee Issue Be A Lesson For All - Khairy
.
Sep 01, 10
Isu Namewee perlu jadi pengajaran pada semua - Khairy
.
Sep 01, 10
Pas terhegeh-hegeh jaga hati DAP - Khairy
.
August 2010 (24)
July 2010 (24)
June 2010 (19)
May 2010 (5)
April 2010 (18)
March 2010 (15)
February 2010 (12)
January 2010 (20)
Year 2009
Year 2008