July 23, 2010
Gelagat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
Mutakhir ini kita dikejutkan dengan beberapa insiden dan isu yang mempamerkan betapa Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat antara tidak telus dan tidak kompeten melaksanakan tanggungjawab mentadbir negeri.

Di Selangor, kepimpinan YAB Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah lama dipersoalkan, termasuk oleh pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri. Skandal perlombongan pasir haram yang melanda kepimpinan Tan Sri Khalid menjadi episod terbaru dalam siri insiden pentadbiran longgar Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Apa yang menimbulkan kekesalan di kalangan rakyat bukan sekadar kejadian perlombongan pasir haram yang merugikan rakyat serta mengancam alam sekitar, malah juga respon dari Kerajaan Negeri yang seakan berada dalam sindrom penafian. Daripada kenyataan beliau, Tan Sri Khalid seperti tidak tahu menahu mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Contohnya, laporan media pada 12 Julai yang mendedahkan aktiviti perlombongan pasir haram di Kampung Bukit Changgang dinafikan langsung oleh Tan Sri Khalid. Beliau tanpa ragu-ragu mengatakan bahawa gambar-gambar dalam akhbar harian sebenarnya menunjukkan aktiviti perlombongan di Kampung Olak Lempit, sungguhpun 30 wartawan akhbar telah pergi ke lokasi perlombongan haram itu sendiri. Kemudian kita dimaklumkan bahawa sebenarnya memang wujud aktiviti perlombongan yang dibenarkan Kerajaan Negeri di Kampung Bukit Changgang  Persoalannya, apakah kualiti kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor sedangkan Menteri Besarnya sendiri seperti keliru lokasi sebenar aktiviti perlombongan di negeri sendiri?

Tidak cukup dengan itu, pada 17 Julai, Tan Sri Khalid tanpa segan silu menafikan sebarang pengetahuan wujudnya kontraktor-kontraktor kecil yang menjadi "orang tengah" dalam kegiatan perlombongan pasir di Selangor. Menjadi satu kekhuatiran yang cukup besar bagi rakyat sekiranya fenomena asas seperti kewujudan kontraktor kecil pun tidak diketahui seorang Menteri Besar. Bayangkan sahaja, apakah lagi yang sedang berlaku tanpa pengetahuan Menteri Besar Selangor?

Barangkali sebab ketidakmampuan pentadiran Kerajaan Negeri, mereka telah memohon bantuan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah pasir ini. Anehnya, dalam isu pembinaan loji rawatan air pula, Kerajaan Negeri enggan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat sungguhpun krisis bekalan air di Selangor agak genting sehingga mampu menyebabkan pencaturan air pada tahun 2014. Di manakah keikhlasan Kerajaan Negeri Selangor sekiranya perkara yang membabitkan kepentingan langsung rakyat seperti bekalan air pun cuba dipolitikkan?

Kalau Menteri Besar Selangor dengan gelagatnya yang tidak kompeten dan tidak tahu apa yang berlaku di negeri sendiri, Ketua Menteri Pulau Pinang pula mempamerkan sikap seorang yang tidak layak digelar pemimpin, jauh lagi seorang negarawan. YAB Lim Guan Eng menyerang habis-habisan Nik Ali Mat Yunus, seorang Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) gara-gara beberapa isu termasuklah kes kecurian pasir di tapak cadangan membina politeknik di Balik Pulau atas tanah milik Kerajaan Pusat, sungguhpun aspek pemantuan adalah di bawah bidangkuasa agensi Kerajaan Negeri. Apapun isu yang menimbulkan konflik antara Lim Guan Eng dan Nik Ali, seorang Ketua Menteri tidak wajar menyerang keperibadian seorang penjawat awam dengan menggunakan ungkapan seperti "tidak berguna", "lidah biawak" dan "pengecut".

Apakah jenis pemimpin sekiranya seorang SDO pun habis dimaki? Lim Guan Eng sepatutnya memfokuskan masa dan usaha kepada isu-isu lain yang membabitkan kepentingan rakyat Pulau Pinang, bukannya menyerang keperibadian kakitangan awam. Kenyataan-kenyataan Lim Guan Eng menggambarkan seorang manusia yang cepat melatah dan mudah membenci. Beliau juga perlu akur bahawa kakitangan awam merupakan nadi pentadbiran sesebuah Kerajaan, dan mereka tidak wajar dipandang serong oleh ahli politik seperti Lim Guan Eng yang menggambarkan mereka ini seolah-olah mendapat bayaran lumayan tetapi tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk rakyat.

Semua perkembangan ini menggambarkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak kompeten dalam melaksanakan amanah selaku pemimpin. Sikap bongkak, kabur fakta, malahan biadap yang dipamerkan sudah cukup menimbulkan tanda tanya sejauh mana kemampuan pentadbiran Pakatan Rakyat. Jika setakat memimpin beberapa buah negeri pun sudah menimbulkan pelbagai masalah, kita wajar mempersoalkan kesediaan mereka untuk memegang tampuk kepimpinan pusat.
 
 
 
Reader Comments
9. Almahdi
@ 7/25/2010 1:46:00 AM
 
Inilah masalahnya bila orang-orang yg banyak sifat mazmumah pegang kuasa politik. Ibarat singa kata harimau jahat kerana makan binatang lain tp diapun serupa juga 2x5. Negara ini sebenarnya perlukan pemimpin yg bertaqwa yg mengajak rakyak kearah taqwa.Kalau tak faham perkara ini jgnlah nak jadi pemimpin mesti harubiru punya....
 
8. Jeven
@ 7/24/2010 3:17:00 PM
 
Sikap Lim Guan Eng biadap. Beliau merupakan seorang pemimpin dan haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

Kerajaan Selangor pula huru-hara kerana sikap 'gila kuasa' yang sudah lama terpendam dalam hati ahli PKR.

Diharapkan yang BN akan menang kembali Selangor pada PRU yang akan datang.
 
7. John
@ 7/24/2010 3:15:00 PM
 
Tak konsisten dan tidak sedia untuk memimpin negara ini. Setuju YB.
 
6. zarif
@ 7/24/2010 3:14:00 PM
 
If anything this goes to show that PKR isn't the "agent of change" that they claim to be.
 
5. Amirul
@ 7/24/2010 3:12:00 PM
 
Biasala PKR. Semuanya penipuan. Keadilan untuk Anwar dan bukannya untuk rakyat
 
4. johan
@ 7/23/2010 11:16:00 PM
 
dear kj,
i think pkr should get khalid to step down.he is pakatan's biggest enemy after
najib.
umno is finished.pas and dap is the
next wave.pkr is simply the agent party for
the paradigm shift.
i will migrate when that happens.

tq
 
3. anonymous
@ 7/23/2010 6:43:00 PM
 
Bukankah skandal pasir ini bermula sebelum PRU 2008 lagi? Not fair to lay blame on state gov.
 
2. ericyong77.com
@ 7/23/2010 6:32:00 PM
 
lombong pasir dia sapu.

tanah untuk loji rawatan air - dia kasi blok pulak tu. macam mana ni?

I stay in Klang Valley. Do not wish that there will be no water in 2014.
 
1. Family Man
@ 7/23/2010 3:26:00 PM
 
Sudah lama kami benci dengan kaki tangan kerajaan yang malas & berpeluk tubuh.
Mengapakah peratus kakitangan kerajaan / jumlah populasi Malaysia adalah antara tertinggi di dunia, tapi efisyen adalah antara paling teruk di dunia?
YB KJ tidah pernah mengalami, tetapi tanya lar orang yang dalam perkerjaan pembinaan, Klien (developer), arkitek, jurutera & kontraktor, parti mana yang tidak pernah mengalami attitude kakitangan pihak penguatkuasaan yang buruk?
Ialah rahsia terbuka bahawa mereka perlu dirasuahi sebelum membuat kerja
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
Sep 09, 10
Hari Raya Aidil Fitri
.
Sep 01, 10
Namewee
.
Sep 01, 10
Segera laksanakan gaji minimum
.
August 2010 (14)
July 2010 (6)
June 2010 (7)
May 2010 (1)
April 2010 (2)
March 2010 (1)
February 2010 (4)
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008