Kalau dihitung
usianya pada pemilihan UMNO akan datang baru 36 tahun.Sebab itu dari
sudut politik orang baca ‘ macam-macam’ bila Khairy Jamaluddin kata
beliau sedang ‘ timbang secara serius’ untuk tidak mempertahankan
jawatan Ketua Pemuda UMNO yang baru disandangnya. Namun Khairy
nampak selamba saja dalam interbiu dengan Agendadaily
di bangunan Parlimen petang Selasa lalu ketika diminta mengesahkan
beliau ada membuat kenyataan seumpama itu sewaktu merasmikan satu
mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian di Pahang baru-baru ini.
Dalam usianya 34 tahun Ahli Parlimen Rembau dan
menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi ini mencipta sejarahnya yang tersendiri sebagai Ketua Pemuda
UMNO yang paling muda. Namun berbagai
soksek timbul sejak kemenangannya dalam pemilihan
tiga penjuru yang disertai oleh Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr
Khir Toyo. Beliau dilihat
sebagai Ketua Pemuda UMNO ‘ yang tak settle’.
Pelbagai desas
desus,label dan gosip liar ditujukan padanya khususnya menerusi
internet. Paling teruk
ada yang mendakwa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kini
kurang menyerlah dan sudah hilang arah.
Ketika Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan kabinet baru pada
April 2008, Khairy tidak dilantik, sebaliknya, Naib Ketuanya, Datuk
Razali Ibrahim menjadi pilihan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Begitu juga Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri. Ini semua
sudah cukup untuk mewujudkan pelbagai persepsi politik. Soalnya apa
jawapan Khairy pada pelbagai persoalan yang menimpa
kepimpinannya?
Berikut ialah transkrip interbiu penuh dengannya :
Agendadaily:
Baru-baru ini saya mendapat maklumat, ketika YB merasmikan satu
mesyuarat di Pahang, YB ada mengatakan ini adalah
penggal terakhir sebagai Ketua Pemuda. Betul ke YB cakap macam itu?
Khairy
(KJ): Ya, memang saya ada cakap. Kita dalam
Pemuda perlu berusaha melahirkan pelapis pemimpin baru. Kita perlu rejuvenate barisan kepimpinan kita. Pada waktu ini saya
lebih cenderung kepada mengosongkan jawatan selepas satu penggal.
Walaupun belum muktamad lagi, tapi I am seriously
considering. Ya, lebih ke arah itu. Saya mahu lebihkan usaha
menyuntik bakat-bakat baru dalam kepimpinan Pemuda.
Agendadaily:
Tetapi YB masih muda, baru 34?
KJ :
Ketua Pemuda tak ada had umur walaupun keahlian ada, iaitu 40. Tetapi
saya tak nak kita balik kepada zaman Ketua Pemuda umurnya lebih daripada
40. Walaupun pada akhir penggal, saya masih bawah 40, tetapi saya sudah
pegang Exco Pemuda, dan Naib Pemuda selama satu penggal setiap jawatan.
Begitu juga Ketua Pemuda. Jadi kira
sudah tiga penggal dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno.
Agendadaily
: Bukan kerana YB merajuk?
KJ: Oh no. No. no no. Kalau saya merajuk
saya terus berhenti politik. Tapi saya tidak ada niat nak berhenti
politik.
Agendadaily
: Tapi tiga tahun itu tempoh yang singkat?
KJ:
Soal sama ada tempoh masa itu pendek atau tidak adalah relative. Dalam politik, tiga tahun dah kira tempoh yang panjang
jugalah.
Agendadaily
: Kalau tak merajuk, ada sebab-sebab lain di sebalik keputusan mahu
mengundur diri?
KJ:
Tidak ada. Saya masih ahli Umno. Tak semestinya kita hanya boleh
menyumbang menerusi jawatan.
Agendadaily
: Ada pihak yang berpendapat, YB berbakat besar, bijak dan diperlukan
oleh parti, tetapi YB tak sabar nak naik. Komen?
KJ: Itu
persepsi orang. Sebab itulah saya tak ada perancangan nak pergi
mana-mana. I am considering seriously tak
pertahankan jawatan Ketua Pemuda. Kalau dipilih sekali lagi untuk jadi
Ahli Parlimen Rembau, saya akan luangkan lebih
masa di kawasan. Sekarang ini saya kena bagi masa sebagai Ketua
Pemuda dan Ahli Parlimen. Maybe I can find somebody younger
who is similar thinking to me yang tak akan bawa Pemuda ke old school thinking, atau terlalu right wing, terlalu ultra. Saya mahukan
Pemuda menjadi pemimpin kepada semua. PM nak
1Malaysia berjaya, tetapi pada masa
yang sama pertahankan Melayu. No problem. Tapi kita kena
buat dengan cara yang bermaruah yang boleh diterima oleh semua. Maybe ada orang cakap ada yang tak berapa suka saya jadi
Ketua Pemuda Umno. Mungkin dalam masa setahun dua ini saya boleh cari fresh face. Saya kena cari yang lebih baik. Saya
tak nak tinggalkan Pemuda kepada orang
yang sama taraf dengan saya. Falsafah saya kalau kita nak tinggalkan,
biarlah kita tinggalkan kepada orang yang lebih baik dari kita. Nobody is the best. There must be others.
Jadi, sekarang saya dalam proses memerhati. I test certain
people. Sebab itu saya bagi banyak ruang tonjolkan Exco sebab saya
nak tengok. Can they carry or not? Kalau saya sendiri
nilai, sukar. Tapi kalau mereka tonjolkan diri, saya
boleh dapat feedback dari rakyat.
Agendadaily
: Bila tarikh tepat YB nak lepaskan jawatan?
KJ:
Saya bajet dalam dua tahun. Ada masa lagi. Tapi saya nak selesaikan
beberapa perkara. Saya nak letakkan Pemuda di peringkat The Centrist.
Saya nak tolong 1Malaysia diterima semua. Saya nak
habiskan program Jelajah 1Malaysia dan susun barisan pengganti.
Agendadaily
: Apa yang paling membimbangkan YB bila nak tinggalkan Pemuda?
KJ:
Saya tengok di parlimen, barisan pembangkang mempunyai ramai barisan
pelapis who are good speakers. Di
kalangan BN, tak ramai orang muda yang berbakat begitu. Datuk Razali dah
jadi Timbalan Menteri. Datuk Rahman Dahlan (MP Kota Belud) dah lebih 40
tahun. Jadi, kita
tak ada. So it is a problem. Bagi saya
kalau saya tak prepare Pemuda untuk itu, maka saya tak
jalankan tanggungjawab saya. Jadi sebelum saya lepaskan jawatan saya
boleh beritahu PM, saya dah sediakan pelapis yang bagus. Itu keutamaan
saya.
Agendadaily
: What do you hope to achieve before you step
down?
KJ: To prepare a new set of leaders.
Dapat sediakan pemuda Umno yang kuat. Dapat bentuk Pemuda BN yang
diterima rakyat. Dapat bantu program 1Malaysia. Kalau saya dapat buat
keempat-empat ini, Alhamdulillah.
Agendadaily
: Ada cerita yang mengatakan masih wujud sikap berpuak-puak dalam
Pemuda. Benarkah?
KJ:
Dulu semasa pemilihan adalah. Sekarang tak ada. Sekarang mereka dah tak
fikir pasal benda itu. Kita dah okay sebenarnya, tak ada masalah. Kalau
dulu pada tahun pertama saya pegang jawatan itu mungkin ada sedikit
sebanyak. I think it is more managed now.
Agendadaily:
Kebelakangan ini ada yang kata Datuk Razali lebih
menonjol dari Ketua Pemuda.Mengapa?
KJ:
Sebagai ketua, saya nak promote barisan kepimpinan. Saya
tak mahu dalam Pemuda hanya saya sahaja ditonjol ke depan. Razali
is a good deputy dan dia ada jawatan dalam kerajaan sebagai
Timbalan Menteri. Saya tak nampak benda ini sebagai satu masalah besar.
Saya bukan jenis pemimpin yang melarang Timbalannya atau
Exco menonjolkan diri. Kalau tidak rakyat hanya kenal KJ
sahaja sebagai Pemuda Umno, sedangkan ada ramai lagi. Saya nak rakyat
kenal mereka kerana mereka bakal pemimpin, bukan saya seorang. Saya tak control. Malah kalau ada jemputan program TV, saya suruh
mereka pergi. Saya beritahu orang TV, jangan jemput saya seorang. Saya
tak kisah. Saya nak rakyat lihat ramai pemimpin muda dalam Umno dan
bukan KJ seorang.
Agendadaily:
Kenapa agaknya ramai blogger tak suka YB?
KJ :
Itu tidak ada masalah sebenarnya. Golongan blogger ini ada harakah
politik mereka yang tertentu. Itu saja yang saya boleh cakap. Tetapi
kalau kita tengok dalam portal lain, ada juga yang menyokong saya. Jadi
itu kira balance juga.
Agendadaily:
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali baru-baru ini ada buat kenyataan bahawa
salah satu sebab dia tubuh Perkasa kerana Pemuda gagal berfungsi membela
Melayu. Komen YB?
KJ :
Saya tak setuju langsung dengan ungkapan itu sebab Pemuda Umno hari ini
berfungsi atas pendekatan yang berbeza. Bagi orang macam Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin lama,
Pemuda ini kena jadi macam Ultra memperjuang isu bangsa.
Tetapi sekarang ini kita lebih kepada macam mana nak menang
pilihanraya. Macam mana nak
dapat sokongan daripada semua kaum. Kalau Pemuda buat
cara lama, benda ini akan menjauhkan kita daripada pengundi-pengundi
muda. Ramai pengundi muda, tak kira Melayu, Cina atau India tak suka kepada politik yang terlalu berbau perkauman. We have to admit these things. Maka saya bawa arah baru
kepada Pemuda. Bagi saya, apa
yang saya buat adalah lebih berani daripada apa yang
dituntut oleh Ibrahim Ali. Mengikut cara old school dia,
Ibrahim kata kita hanya berani kalau kita Ultra Malay.
Kena berani lawan. Tetapi bagi saya, lebih berani kalau kita ambil jalan
centrist sebab kita kena hentam oleh pihak macam
Perkasa. Apa yang dia buat mungkin ramai orang
Melayu suka tetapi orang muda tak suka. Tetapi apabila kita ambil
centrist position, it takes a lot of courage.
Agendadaily
: Tidakkah perbezaan ideologi antara Pemuda Umno dan Perkasa akan
mengakibatkan kita kehilangan undi Melayu?
KJ:
Ttidak. Kita tengok mana-mana statistik pun, undi Melayu tak anjak
sangat. Majoriti pengundi Melayu bersama kita. Melayu nak pergi ke mana?
Nak pergi ke Keadilan? Parti itu langsung tak cakap mengenai
kepentingan orang Melayu. PAS pun dah keliru. Macam-macam isu mereka
ada, contohnya PAS sudah ada pendirian yang lain daripada majoriti orang
Melayu. Jadi Melayu nak pergi ke mana? Insyallah
majoriti pengundi Melayu akan sokong
BN. Sebenarnya Melayu susah nak disatukan dari dulu sampai hari ini.
Saya dah beritahu kawan kawan saya di Perkasa, masalah saya bukan pasal
matlamat Perkasa. Saya tidak ada masalah dengan matlamat mereka nak
tolong orang Melayu.
Cuma saya tak
setuju dengan pendekatan Ibrahim Ali. He
is too much!. Tolong orang Melayu tak apa, tapi pendekatan macam
Ibrahim Ali buat tu, salah. Saya menentang mana-mana kumpulan
ekstrim, baik Ibrahim Ali atau Siqiu atau Hindraf. Mana-mana pihak yang
guna perkauman keterlaluan, saya akan tentang. Saya tak ada masalah
dengan perjuangan menolong orang Melayu tetapi kita kena buat dengan
cara yang boleh membantu orang Melayu.
Agendadaily:
YB boleh dikatakan Ketua Pemuda Umno yang paling banyak kena hentam
dari pelbagai arah. Bagaimana YB boleh tenang menghadapi semua ini?
KJ:
Bagi saya, kita memegang amanah. Kita pegang amanah daripada rakyat
semasa Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu, dan amanah daripada parti yang
kita dapat dalam pemilihan parti. Saya bukan dilantik, tetapi dipilih. Saya dipilih
sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda. Saya tidak ada
apa-apa jawatan yang dilantik. Bila saya diserang, saya pegang kepada
amanah, bahawa untuk setiap orang yang serang saya, mesti juga ada orang
yang sokong saya. Jika tidak, mengapa saya dipilih dalam pilihanraya
dan parti? Yang penting ialah amanah. Akauntabiliti
kita ialah kepada Tuhan. As long as my conscience is clear,
apa yang saya buat saya rasa betul dan benda itu baik untuk bangsa dan
negara, saya tak terasa tertekan.
Agendadaily:
Kalau YB kata tak rasa kecil hati atau merajuk, bunyinya macam tak natural. Apa yang YB cakap ini ikhlas ke?
KJ : Politics is a big boy’s game. Its not child’s play. Jadi
apabila kita masuk politik, kena kena masuk dengan mata yang celik.
Jangan kita masuk dengan sikap yang terlalu idealistik dan mengharapkan
kita akan dapat segala yang kita nak buat. Politik adalah permainan yang
kasar. Kalau kita masuk dan bersedia dengan satu permainan yang kasar,
dan kasar tak semestinya kotor, maka kita kena terimalah.
Agendadaily:
Ada desas-desus mengatakan YB ini kurang bergaul
dengan Ahli Parlimen dan Adun. Ada juga yang anggap YB sombong dan
memilih kawan. Boleh YB komen?
KJ:
Saya tak ada masalah dengan orang. Mungkin pasal jarak umur sebab dalam
BN tak ramai orang muda di kalangan Ahli-Ahli Parlimen. I am
a very simple person. I am quite straight forward. Actually
I am a very private person. I don’t like to go out. I like to go home
and spend time with my family. Mungkin dalam
politik, itulah kelemahan saya. Saya tak suka keluar
pergi kedai kopi dan sebagainya. Kalau ada masa terluang, saya suka
menghabiskannya dengan anak-anak lelaki saya
berusia dua tahun setengah dan setahun setengah. Saya tak mahu
satu hari nanti saya balik rumah, anak tak kenal.
Kerja saya dah cukup mencabar. Balik kawasan, pergi parlimen, kemudian
sertai program Pemuda. Kadang-kadang sampai tengah malam.
Agendadaily
: Baru-baru ini YB ada sertai askar
Wataniah…kenapa?
KJ:
Saya jalani latihan wataniah sebulan di Rasah antara Mei hingga Jun.
Saya memang minat sejak dulu tetapi sebelum ini tak ada masa. Sebelum
latihan, mereka tawarkan saya pangkat, tetapi saya tolak. Salah satu
tujuan saya masuk ialah nak tunjukkan kepada anak-anak muda, sesiapapun
boleh buat. Di sana saya dillayan sama rata dengan orang lain, tidak ada
keistimewaan. Saya belajar
bagaimana nak urus hubungan antara manusia pada tahap
yang lain Di luar, sebagai Ahli Parlimen, saya berurusan dengan orang
terasa macam artificial apabila mereka panggil saya Yang
Berhormat. I don’t really know what they think. In politics
most people well tell you what you want to hear. Jadi kita tak tahu
agenda orang. Tapi dalam tentera tidak ada agenda. The
agenda is just to survive the day.
Agendadaily:
Timbalan Perdana Menteri tidak mahu ada Primadona
dalam Umno. Bagaimana dengan pemuda?
KJ:
Dalam pemuda tak ada primadona. Sebab itu saya pun low
profile. Hanya mengenai isu tertentu dan bila saya perlu
mempertahankan kerajaan, saya akan bersuara. Bila perlu hentam
pembangkang, saya buat, tapi lebih dari itu kita
tak payah nak lebih-lebih sangat. Saya tahu apa PM nak buat. Saya tahu
apa yang diperlukan. Saya mainkan peranan, tidak lebih dari itu.
Agendadaily
: Kebelakangan ini YB tidak agresif macam dulu. Kenapa?
KJ: Dah
tua sikit. Dah lebih matang. Politik sekarang dah lain. Ada isu yang
kita kena agresif. Ada isu kita kena berhati-hati. Masyarakat sekarang
berbeza dengan dulu. Ada orang lama cakap kononnya Pemuda ini terbaik
masa zaman Datuk Harun Idris. Bagi saya, zaman dah berubah. Kita tak
boleh bandingkan zaman Datuk Harun dengan sekarang. Zaman Datuk Harun
adalah zaman pasca selepas 1969. Cabaran dia lain. Today
its multi-racial plural politics. Mati kita
kalau ambil pendekatan macam tu. Kalah kita. PM dah kata sekarang kita
kena tumpu kepada kawasan-kawasan yang taburan
penduduknya bercampur Melayu, Cina dan India. Matlamat kita ialah
pastikan Umno kekal berkuasa. We have to be thinking
properly.
Saya akui lebih agresif masa jadi Naib Ketua Pemuda. Saya ambil
model Datuk Hishamuddin. Masa dia jadi Ketua Pemuda, dia kena jaga semua
Ketua Pemuda BN, maka sebab itu saya yang kena lebih agresif. Macam
saya dengan Razali, bila saya dah jadi Ketua Pemuda, maka Naib kena
agresif. That’s the way it should be.
Agendadaily:
Stigma sebagai menantu Pak Lah masih lekat dengan YB. Bagaimana YB
menghadapinya?
KJ:
Saya tak kisah. Pak Lah dah tak ada dalam kerajaan dan apa sahaja yang
saya buat ini macam mana pula orang nak kaitkan atau salahkan Pak Lah
pula? Sekarang saya bukan menantu PM pun. Tapi kalau stigma itu masih
ada lagi, hmmm tak tahulah. Itulah…masa akan datang nanti kena cari
pemuda yang tidak ada apa-apa stigma.
Agendadaily:
YB tak tersinggung dengan tindakan pihak-pihak yang selalu menyerang
YB?
KJ: No. if people say things about my family then it hurts me. Tapi other than that, tuan punya tubuh tak ada masalah.
Tapi kalau mereka cakap pasal keluarga saya yang tidak ada dosa dengan
orang dan tak terlibat dalam benda-benda ini, saya akan marah.
Agendadaily:
Sebagai Ketua Pemuda, apakah pesanan YB kepada golongan muda, terutama
yang liat mendaftar sebagai pengundi?
KJ :
Golongan muda kena terlibat secara langsung dalam politik. Kalau tak nak
jadi ahli parti pun tak apa. Tetapi kita kena ambil kisah kerana ini
membabitkan masa depan negara. Kalau kita tak tahu apa yang berlaku,
kita tak akan menentukan masa depan. Satu hari
nanti bila kita tak terlibat secara langsung dalam politik
dan kita merungut pasal negara kita, kita harus menyalahkan diri
sendiri. Sesiapa sahaja, terutama golongan muda boleh berhubung dengan
saya menerusi Facebook atau twitter. Saya tak menghadkan waktu untuk
melayan mereka seperti yang dilakukan sesetengah pihak. Mereka boleh
boleh twitter saya tak kira masa.
-15/7/2010
|