July 26, 2010
Program Pemuda Terengganu Tepati Citarasa Anak Muda
KUALA TERENGGANU 26 Julai - Pemuda UMNO negeri ini akan terus memperhebatkan gerakan untuk mendekati golongan muda dalam usaha meyakinkan golongan berkenaan terhadap Barisan Nasional (BN) sebagai peneraju negara.

Ketuanya, Saiful Bahri Baharudin, berkata untuk tujuan itu, program serampang dua mata yang sebelum ini telah dilaksanakan dengan jayanya akan terus dipergiatkan lagi setelah ianya menunjukkan kejayaan memberansangkan.

Menurut beliau, pelbagai program seperti seperti kelab permotoran di setiap Parlimen, program kebajikan, kesukanan serta lain-lain program yang menepati citarasa golongan muda akan diteliti sebaik mungkin selepas ini dalam usaha mendekati anak-anak muda yang merupakan penentu kepada pilihan raya umum akan datang.

“Kita sedar golongan ini adalah faktor penentu kepada pilihan raya umum akan datang dan kita juga ambil maklum bukan sahaja BN yang akan cuba mendekati golongan tersebut, malah kalangan parti-parti pembangkang.

“Sebab itulah saya tekankan tadi, pentingnya program yang menepati citarasa mereka dan bukannya program syok sendiri. Perkara ini turut diingatkan oleh pucuk pimpinan dan ianya seiring dengan prinsip Pemuda itu sendiri iaitu inklusif. Maknanya kita bukan sahaja memberi tumpuan terhadap ahli kita, tetapi kumpulan anak-anak muda yang lain,� katanya kepada laman webPemuda, di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon BN atau parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Makmal Pemuda BN telah memberi wawasan tentang pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendirian non-partisan (tidak memihak) berhubung politik negara.

Berikutan majoriti golongan belia bukan penyokong mana-mana parti, kajian itu mendapati tiga daripada lima pengundi muda atau 62 peratus daripada mereka masih ‘duduk atas pagar’ mengenai parti pilihan mereka.

Hasil kajian ke atas kira-kira 1,000 responden dari seluruh negara itu serta cadangan dasar telah disampaikan oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Saiful yang juga Ketua Pemuda Marang seterusnya melahirkan keyakinan, anak-anak muda di negeri itu akan tetap bersama BN.

"Apa pun kita yakin, di Terengganu anak-anak muda akan tetap bersama dengan kita berdasarkan kepada apa yang telah dilaksanakan sebelum ini.

"Buktinya sepanjang November 2009 sehingga Jun 2010, kita telah menerima hampir 5,000 permohonan ahli baru UMNO selain telah berjaya mendaftarkan lebih 4,000 pengundi baru dalam tempoh terbabit," katanya.

(Source: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia)
.
 
 
ARCHIVED POSTS
.
Sep 08, 10
Pemuda UMNO Cadang Kerajaan Panggil Pulang Warga Kedutaan Di Indonesia
.
Sep 07, 10
Sends Strong Message To Indonesia - Umno Youth
.
Sep 07, 10
Wisma Putra diharap tidak lagi berlembut
.
Sep 01, 10
Melayu perlu tegas - Khairy
.
Sep 01, 10
Namewee berani kerana Melayu terlalu bertolak ansur
.
Sep 01, 10
Let Namawee Issue Be A Lesson For All - Khairy
.
Sep 01, 10
Isu Namewee perlu jadi pengajaran pada semua - Khairy
.
Sep 01, 10
Pas terhegeh-hegeh jaga hati DAP - Khairy
.
August 2010 (24)
July 2010 (24)
June 2010 (19)
May 2010 (5)
April 2010 (18)
March 2010 (15)
February 2010 (12)
January 2010 (20)
Year 2009
Year 2008