July 29, 2010
Isu 'Diskaun Bumiputera'
Kita sudah mendengar pelbagai reaksi dan ulasan terhadap cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua, kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memansuhkan diskaun Bumiputera dalam pembelian rumah berharga RM500 ribu ke atas dan hartanah komersial berharga lebih RM2 juta di negeri tersebut.

Ramai pihak, termasuk PAS Selangor, membantah cadangan tersebut.  YAB Perdana Menteri sendiri telah mengingatkan YB Tony Pua dan parti DAP supaya jangan "terlalu menekan orang Melayu dan Bumiputera" dengan cadangan-cadangan yang tidak sensitif dan separuh masak.  Cadangan terbaru dari DAP rata-rata dilihat sebagai satu lagi usaha untuk menolak tepi kepentingan masyarakat Bumiputera.  Saya percaya tanggapan itu juga telah mendorong PAS Selangor untuk membantah cadangan tersebut dan menyebabkan Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, terus membisu dalam hal ini.

Di sini perlu saya tegaskan, saya sudah berkali-kali menyuarakan keperluan untuk orang Melayu berani keluar dari kepompong zon selesa dan tidak hanya berharap pada tongkat.  Saya mahu melihat masyarakat Bumiputera bersaing secara terbuka berdasarkan merit dan kekuatan sendiri.  Hujah-hujah saya dari awal konsisten, yakni Kerajaan perlu membantu golongan Bumiputera yang benar-benar layak menerima bantuan sama ada dari segi keperluan atau merit.

Mungkin di sini ada yang tertanya, kalau begitu prinsip dan pegangan saya, kenapa pula saya tidak menyokong saranan Pua?  Apa yang dicadangkan oleh Pua itu cuma pemansuhan diskaun untuk rumah-rumah yang boleh dikatakan rumah kos tinggi dan juga premis komersial yang agak mahal. Bukankah sudah tentunya mereka yang mampu membeli hartanah seperti ini merupakan individu dan syarikat yang sudah berjaya, maka mereka tidak lagi memerlukan diskaun tersebut?

Sekiranya dilihat dari kanta teori ekonomi semata-mata, mungkin ada yang akan bersetuju dengan rasional cadangan Pua. Kenapa perlu kita kekalkan diskaun kepada mereka yang mampu membayar jumlah yang besar untuk rumah kos tinggi?  Tetapi hakikatnya, sekiranya kita melihat kepada pegangan hartanah Bumiputera di setiap peringkat, angkanya jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

Statistik pada tahun 2007 menunjukkan peratus pemilikan bangunan oleh Bumiputera cuma 15.7 peratus. Bagi hartanah komersial pula, Bumiputera hanya memiliki sekitar 29.2 peratus untuk kompleks perniagaan dan serendah 3.5 peratus untuk premis perindustrian. Statistik ini menggambarkan suatu ketidakseimbangan yang terlalu ketara.

Sekiranya kita mengambil kira premis-premis komersial di kawasan bandar dengan harga RM 2 juta ke atas, saya percaya peratus pegangan Bumiputera begitu rendah. Antara faktor penentu kos sesuatu premis adalah lokasi, dan bukan semata-mata saiz atau keluasan. Sekiranya cadangan Pua dilaksanakan, maka amat sukar bagi usahawan-usahawan Bumiputera untuk berniaga di lokasi yang strategik lantas hanya terhad kepada pinggiran bandar semata-mata.

Satu lagi hujah Pua adalah hartanah yang dibeli dengan harga diskaun ini dijual semula oleh broker atau orang tengah dengan harga yang lebih mahal. Beliau menegaskan bahawa salah guna dasar seperti penjualan semula oleh broker menjadi salah satu sebab skim diskaun ini perlu dimansuhkan. Saya tidak langsung boleh menerima alasan ini kerana jika pelaksanaan menjadi masalah, maka wajarlah kita menangani kelemahan tersebut dan bukannya memansuhkan terus dasar diskaun Bumiputera ini.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pelaksanaan adalah memastikan bahawa status dan klasifikasi lot Bumiputera tidak diubah bagi mengelak sebarang pihak yang membeli hartanah tersebut dengan harga diskaun dan menjualnya dengan keuntungan harga pasaran secara terbuka. Perlu diingat bahawa diskaun tersebut berkait rapat dengan galakan pemilikan dan bukan suatu tiket kepada keuntungan. Satu lagi masalah berkait adalah di mana pemilik Bumiputera menjual kepada seorang pembeli Bumiputera lain dengan harga pasaran yang lebih tinggi. Isu ini boleh ditangani dengan mewajibkan satu tempoh khusus atau “moratorium” sebelum seseorang pemilik yang membeli rumah dengan harga diskaun Bumiputera dibenarkan menjual semula rumah tersebut, walaupun kepada Bumiputera lain. Ini akan mampu mengelakkan masalah di mana dasar diskaun ini disalahgunakan untuk keuntungan cepat, dan bukannya digunakan oleh mereka yang benar-benar berniat tinggal di sesuatu kediaman.

Ada juga dakwaan yang kita dengar mengenai pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab sengaja menipu dengan mengisytiharkan kuota untuk Bumiputera tidak boleh dijual dan seterusnya memohon kepada pihak berkuasa agar hartanah tersebut dijual kepada bukan Bumiputera atas harga tanpa diskaun. Semua ini merupakan isu-isu berkait dengan dasar tersebut yang tidak disentuh dan dikaji oleh Pua sewaktu memberi hujah-hujah cetek dan separuh masak beliau.

Maka saya menolak cadangan DAP berhubung pemansuhan diskaun atassebab-sebab di atas. Jika pemansuhan tersebut dilaksanakan, maka segala usaha dan galakan memperbetul ketidakseimbangan dalam pemilikan hartanah di Selangor pastinya akan gagal lantas terus melebarkan jurang ekonomi antara kaum.

Saya percaya pendirian saya ini akan mengundang kritikan - khususnya akan ada komen kononnya cadangan DAP ini tidak akan memberi kesan kepada Bumiputera berpendapatan rendah.  Namun, saya berpandangan bahawa komen sebegini kurang tepat dan simplistik sepertimana hujah YB Tony Pua.  Usahawan Bumiputera yang cuba membeli premis komersial berharga RM2 juta tidak boleh diklasifikasikan sebagai 'kaya', sepertimana juga mereka yang mahu membeli rumah berharga RM600,000. Barangkali dasar diskaun Bumiputera ini boleh disemak untuk kategori yang lebih tinggi, contohnya di atas nilai RM2 juta bagi pembelian rumah banglo. Malah YAB Perdana Menteri sendiri menyebut bahawa dasar ini tidak boleh diteruskan selama-lamanya. Dalam erti kata lain, dasar ini boleh diubah dan dikemaskini dalam jangka masa panjang, tetapi bukan sebelum pemilikan hartanah diseimbangkan lagi.

Saya juga amat kesal dengan saranan Pua kerana beliau langsung tidak mencadangkan sebarang dasar lain untuk memperbetul ketidakseimbangan ini, jikapun tidak bersetuju dengan diskaun 7 peratus tersebut. Ini jelas mendedahkan bahawa DAP tidak ikhlas malah tiada niat untuk membantu agenda Melayu, walaupun mereka tidak henti-henti cuba menjaja persepsi kononnya DAP adalah parti untuk seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum.

Saya berharap kelak, sebelum mereka mengeluarkan sebarang cadangan seperti ini, mereka akan dapat memberi alternatif bagaimana masalah asas iaitu ketidakseimbangan dalam pemilikan hartanah dapat ditangani. Sekiranya tidak, maka ternyatalah DAP gagal membawa aspirasi seluruh majoriti Malaysia.
 
 
 
Reader Comments
13. Kevin Wong
@ 8/10/2010 1:56:00 AM
 
YB KJ,
From : Kevin Wong, Puchong

Though I m not a BN support, I do admire alot of what u dared to explore lately in your political career.

Back to this subject of discount or not, I do feel a little bit disappointed with your statements. Though your argument "may" make sense to some of your audience, it fell far too short of a great leader. If a person could or couldn't afford a property, the few percentage does not make any difference to the result. You should also know that a bumi property could not fetch good pricing, hence a bumi lot cannot be used as an investment. What you should have done is to set-up a think tank to gather ideas from the young ones to address this property ownership issue. Also, make sure that we educate the youth that in order for everyone of us to own a property we have to plan from a young age.

regards
 
12. TokBomoh
@ 8/3/2010 11:20:00 PM
 
Salam..
Tok adalh seorg keturunan melayu+org asli (suku jakun) dan tok adalah seorg penyokong DAP.(dalam proses daftar nak jadi ahli)

Pandangan Tok begini...
Kita memang perlukan diskaun...
Harap pemimpin2 kerajaan dan tak kira apa parti pun teguh memperjuangkan nya...

Tapi Diskaun yg kita perlukan ialah gula, beras, pampers. susu bayi, tambang bas sekolah, bayaran tol, kondom,minyak,pakaian luar atau dalam, ayam,modest, pil perancang, kopi, teh tarik,bla bla bla...
Yang ini yag kami perlukan,keperluan ramai rakyat marhain seperti kami...kenapa tak perjuangkan? Yang dok heboh diskaun rumah mahal yang berapa kerat saja org melayu mampu miliki? kalau ada pun yg mampu hanya lah org2 yg ada duit seperti tukang gigi khir toyo. kenapa hanya risau yg beberapa kerat tapi tak risau pun keperluan ramai seperti kami? wallahu alam.
 
11. hyatt
@ 8/1/2010 7:41:00 PM
 
Bro Syafik .. seriusly awak melayu yang bodoh sebab menolak benda2 macamtuh hanya sebab orang cabar awak... ahahahah... kalau awak taknak tak payah bersuara untuk orang melayu sebab banyak lagi orang melayu yang hendak dan tak dapat hidup senang macam awak...

Thank with no regrats...
 
10. Kamal-Alan-Nathan
@ 7/31/2010 2:55:00 PM
 
Macam mana pula sekiranya dalam sebuah kelas yang berbilang kaum dan telah menduduki satu ujian bertulis. didapati taburan markah antara kaum Kamal, kaum Alan dan kaum Nathan berbeza-beza. Antara tiga kaum ini, kaum Kamal-lah yang tidak mempunyai prestasi yang begitu baik berbanding dengan dua kaum lain. Dua tiga kerat sahaja pelajar kaum Kamal yang sepatutnya dianugerah gred A. Jadi, adakah markah tambahan hanya patut diberikan kepada pelajar kaum Kamal sahaja untuk membolehkan lebih ramai pelajar kaum berkenaan mendapat gred A.

Kalau hartanah bernilai RM500 ribu ke atas pun mampu dibeli, takkan nak diskaun lagi kot? Dalam dunia ini ada benda yang bernama pinjaman loan. Semua orang tak kira kaum boleh buat pinjaman loan untuk beli hartanah. Kalau kita asyik dengan perspektif berapa ramai kaum tertentu memiliki rumah mewah dan bangunan besar, kenapa kita tidak fikir berapa ramai kaum lain yang masih tidak berumah. Ada yang hidup merempat lagi. Pernah tak anda semua jumpa pengemis Cina dan India yang minta sedekah selain daripada pengemis Melayu? Fikir-fikirkanlah
 
9. Germu
@ 7/30/2010 3:06:00 PM
 
Adeline,

I cant speak for KJ but i think what he was trying to say is that the situation as it is shows a huge mismatch between what Malays own and what non Malays own. Thats a statistical fact. So we cant slam the discount policy out of hand.
 
8. katara
@ 7/30/2010 1:40:00 PM
 
Assalamualaikum
Untuk Bro Syafik...Saya memang tak mahir tentang politik atau perlembagaan. Tapi apa yang saya tau sekurang-kurangnya cuma hanya beberapa kerat sahaja orang melayu yang berupaya membeli tanpa diskaun macam bro syafik jika nak dibandingkan dengan kaum lain... Apa salahnya dengan bantuan. Cuma jangan kerana ego kita yang tinggi sehingga sanggup tergadai hak melayu. Saya setuju dengan simbok dan kj..Tapi harapan saya biarlah ia dibuat berlandaskan semangat kemelayuan dan bukan kerana udang sebalik batu...
 
7. Adeline
@ 7/30/2010 12:46:00 PM
 
Do you mean that a Bumiputra business cannot survive if cannot buy a property above RM 2 million without 7% discount? But the business will thrive with a 7% discount?

In the same light, a non-Bumi business can thrive even though he has to buy the property at RM 2 million without discount?

Is that what you mean?
 
6. Wake up
@ 7/30/2010 11:47:00 AM
 
The continuous support will hinder the progress of the Bumis in term of competitiveness. I am not against the concept to help the less fortunate, but this policy has to be amended to suit the climate and the needy.

The line has to be redrawn from just the Bumiputras to the less fortunate, inclusive of all races. Policy must also prohibit the bad intentions.
 
5. Highlander
@ 7/30/2010 11:31:00 AM
 
Hm..I dont know, KJ.. If you use mismatch between population numbers and house ownsership to justify policies like this....slippery slope, dont you think?
 
4. Simbok
@ 7/30/2010 11:29:00 AM
 
Non discounted lot, how are these costs transferred to non-bumis? I agree the profit taking pracitices of some Bumi house owners is tantamount to misuse of the policy, but like Khairy said, these problems can be tackled without having to ditch the policy altogether.

Syafik, brader, memang ler benda ni takda dalam perlembagaan. Tapi KJ tak pakai pun hujah perlembagaan, cuma memperbetulkan ketidakseimbangan. Ko ingat majoriti Melayu setuju ke dengan pendapat ko?
 
3. Syafik
@ 7/30/2010 10:48:00 AM
 
Sorry brader.

Tak setuju. Org Melayu yg lain macam saya menolak pemberian diskaun seperti ini.

Takde pun benda cam ni dalam perlembagaan.

Buat malu orang Melayu jer, asyik nak bertongkat sampai bila-bila... padahal India miskin pun boleh cari makan tanpa apa-apa bantuan istimewa dari kerajaan.

Baca jer la di akhbar The Malaysian Insider --> pendapat org Melayu menolak diskaun Bumiputera.

Buat malu sama lu bro.
 
2. Non-discounted Lot
@ 7/29/2010 7:29:00 PM
 
Are you aware of the fact that the developer, being a bottom-line seeker, passes on the cost of giving discount to bumi buyer further onto other non-bumi house buyers.
So long as there exists profit-taking intention of some bumi buyers, the initially targeted ratio between bumi and non-bumi house owners shall always remain a post-shifting object.
 
1. Aidil
@ 7/29/2010 7:01:00 PM
 
GOOD stuff!
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
Sep 01, 10
Namewee
.
Sep 01, 10
Segera laksanakan gaji minimum
.
August 2010 (14)
July 2010 (6)
June 2010 (7)
May 2010 (1)
April 2010 (2)
March 2010 (1)
February 2010 (4)
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008