July 29, 2010
PKFZ
Rakyat Malaysia harus menyambut baik tindakan proaktif dan berani Kerajaan dalam mencari kebenaran di sebalik kontroversi berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Petang tadi kita dimaklumkan bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik telah didakwa atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan komitmen Kerajaan memastikan siasatan berhubung PKFZ dijalankan secara komprehensif dan telus. Pada masa yang sama kita perlu memberi Tun Dr. Ling peluang untuk membela dirinya dan pegang kepada prinsip beliau tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.  

Namun, dalam hal PKFZ ini, saya harap Kerajaan menilai semula keputusan mengarahkan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membuat pembayaran RM228 juta kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang merupakan kontrakor turnkey dalam projek tersebut. Memandangkan perkara ini melibatkan sejumlah besar wang, Kerajaan harus mengelak persepsi bahawa ia sedang menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan KDSB. Selain itu, terdapat beberapa pertikaian yang perlu diselesaikan sebelum sebarang Kerajaan membuat sebarang pembayaran kepada para pemegang bon.

Pertikaian utama yang perlu diselesaikan adalah mengenai komitmen Kerajaan kepada pemegang bon yang dikeluarkan oleh KDSB. Berdasarkan kepada laporan-laporan media, ada yang berpendapat bahawa tanggungjawab kepada pemegang bon seharusnya terletak pada bahu KDSB dan bukannya Kerajaan. Apa tidaknya, bon yang diterbitkan adalah bon persendirian KDSB. Ini bermakna isu pembayaran oleh Kerajaan tidak sepatutnya berbangkit.

Selain itu, laporan juga menyebut bahawa empat surat sokongan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan tidak bermakna bahawa Kerajaan bertanggungjawab atas sebarang hutang LPK terhadap pihak ketiga (dalam hal ini KDSB). Dalam erti kata lain, kesemua empat surat sokongan bukanlah surat jaminan dari pihak Kerajaan untuk membayar pemegang bon persendirian KDSB. Perkara telah diperjelas oleh Timbalan Menteri Kewangan YB Sen. Dato’ Dr. Awang Adek dalam Dewan Rakyat pada 4 September 2007. Petikan dari Hansard:

"Letter of support  ini hanya menyatakan kepada rating agensi bahawa ini adalah projek kerajaan dan Kementerian Pengangkutan akan memastikan yang bayaran loan ini akan dapat dibuat sebaik mana yang boleh, to the best of the ability dengan izin. Makna ini satu, bukannya letter of guarantee, Kementerian tidak berhak untuk mengeluarkan letter of guarantee melainkan melalui Kementerian Kewangan yang mewakili kerajaan Malaysia”.

Kedua, kemunculan tiga surat akujanji (letter of undertaking) yang ditandatangani oleh dua pengarah KDSB antara September 2004 dan September 2006 menguatkan lagi hujah bahawa tanggungjawab terhadap pemegang bon sepatutnya dipikul sepenuhnya oleh KDSB. Dalam surat-surat tersebut, KDSB berjanji mengambil tanggungjawab membayar sebarang perbezaan sekiranya jumlah bayaran dari LPK kepada KDSB adalah kurang daripada jumlah bayaran kepada pemegang bon. Maka, dalam kes ini, adalah tidak wajar sekali sekiranya dikatakan LPK masih perlu menampung bayaran kepada pemegang bon kerana KDSB sendiri telah membuat satu akujanji dalam hal tersebut.

Perkara ketiga adalah soal kes saman sivil oleh LPK terhadap KDSB ekoran tuduhan penipuan dan penyelewengan dalam skandal projek PKFZ. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa adalah tidak masuk akal untuk Kerajaan membayar pemegang bon KDSB sedangkan Kerajaan sendiri sedang menyaman KDSB atas kegagalan menyiapkan kerja berkaitan PKFZ. Apa salahnya menunggu sehingga kes mahkamah itu diputuskan sebelum melakukan pembayaran kepada KDSB? Sepertimana yang disebut oleh bekas Menteri Pengangkutan Dato' Sri Ong Tee Keat, Kerajaan harus mengelak senario di mana bayaran dibuat kepada KDSB tetapi akhirnya tidak mampu dituntut kembali sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada LPK.

Atas sebab-sebab di atas, saya berharap agar Kerajaan akan menimbang cadangan menggantung sebarang pembayaran kepada KDSB untuk ketika ini, sekurang-kurangnya sehingga kes mahkamah telah diputuskan.
 
 
 
Reader Comments
10. bakhtiar
@ 8/9/2010 1:02:00 PM
 
Betul ke yang kena saman tu buat salah..?
Pernah terjadi saya kena saman ekor di jelebu, tapi saya tak pernah sampai pun dijelebu..saya bernasib baik pada masa itu kerana tertera pada pada saman adalah lori sedang nombor pendaftaran yang sebut adalah motosikal....dah tak pasal2.. aku kena ke jelebu nak settlekan saman tu...
 
9. gemencheh hebat
@ 8/1/2010 12:42:00 PM
 
tapi kenapa selepas 3 tahun baru didakwa...????
 
8. korban bakti
@ 7/31/2010 9:01:00 PM
 
YB KJ..dalam kes PKFZ ini saya rasa bukan saja MCA terlibat UMNO juga terlibat jadi janganlah kita melihat sebelah mata kerana jika kita tuduh seorang bekas menteri saja terlibat yang lain macamana pula.adakah projet ini dikhaskan kepada parti MCA.kerana yang ditonjolkan kebanyakkan daripada MCA.UMNO tak terlibat ke..
 
7. zumba
@ 7/30/2010 3:19:00 PM
 
never bite the hand that feeds you mate.....
you will learn this...AAB will learn this..
it has only just begun...

im heavy hearted in doing so...but in war we only take orders..

power in its true form will present it self

 
6. yUsRi
@ 7/30/2010 3:13:00 PM
 
Bagi saya, tiga letter of undertaking tu dah cukup membuktikan LPK takda sebarang obligasi nak bayar KDSB. End of story. MCA apa kes?
 
5. joejambul
@ 7/30/2010 3:11:00 PM
 
Kenapa kena bayar sekarang. apa salahnya tunggu sekejap.
 
4. Googar
@ 7/30/2010 3:10:00 PM
 
LLS patut dihukum berat kalau didapati bersalah sebab ini melibatkan sejumlah wang besar rakyat!
 
3. osmanosman
@ 7/30/2010 3:10:00 PM
 
kenapa agaknya kerajaan BN nak sangat bayar KDSB nih??? Sebab YB Tiong ke??
 
2. vindaloo
@ 7/30/2010 3:09:00 PM
 
Tahniah KJ kerana membawa isu PKFZ ini dari perspektif UMNO. Selama ini saya lihat pembangkang sahaja yang berani menyuarakan isu ini.
 
1. jebat
@ 7/30/2010 11:36:00 AM
 
KJ,

Rakyat Malaysia memang menyambut bait berita LLS dihadapkan ke mahkamah. Tapi bukan itu sahaja. Malah banyak KES lainlagi yang mahu keita dengar beritanya.

Biar jelas. Biar terang.
Biar bersuluh.Jangan berselindung.. !!
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
Sep 01, 10
Namewee
.
Sep 01, 10
Segera laksanakan gaji minimum
.
August 2010 (14)
July 2010 (6)
June 2010 (7)
May 2010 (1)
April 2010 (2)
March 2010 (1)
February 2010 (4)
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008