July 30, 2010
Kenyataan Akhbar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) pada hari ini, kami telah membuat beberapa ketetapan sepertimana berikut:

1)  Pemuda UMNO menyambut baik keputusan Kerajaan membenarkan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk aktif di dalam parti politik. Namun Pemuda UMNO berpendapat janganlah sampai pemahaman politik guru-guru ini di bawa masuk ke bilik darjah. Walaupun mereka kini dibenarkan aktif dalam politik, tahap profesionalisme mesti sentiasa dijaga dan ditingkatkan.

Pada masa yang sama Pemuda UMNO berharap agar keputusan ini diperluaskan bagi merangkumi golongan mahasiswa dan pensyarah di institusi-institusi pengajian tinggi.

Kami berpendapat bahawa sudah tiba masanya golongan mahasiswa dibenarkan terlibat secara bebas dalam politik dan menggesa Kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ke arah ini.

2)  Pemuda UMNO memohon agar Kerajaan mengkaji semula kaedah pelaksanaan sistem saman ekor lanjutan pelbagai masalah yang telah timbul di mana ramai pemilik kenderaan tidak tahu menahu mengenai saman yang telah dikeluarkan terhadap mereka. Antara lain, pemilik kenderaan yang menganggap diri mereka tidak bersalah atas saman tersebut atau langsung tidak menerima apa-apa notis saman terpaksa membayar saman berkenaan semata-mata untuk membolehkan pembaharuan cukai jalan dan mengelakkan dari didakwa. Pemuda UMNO menganggap perkara ini adalah tidak adil bagi para pemilik kenderaan dan berharap agar Kerajaan akan mengkaji semula dan menangguhkan pelaksanaan sistem saman ekor.

Kami juga menggesa Kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak membenarkan saman tersebut dikompaun.  Keputusan ini juga amat membebankan rakyat yang tidak mampu menyelesaikan jumlah saman yang begitu besar apabila memperbaharui cukai jalan kenderaan.

3)  Pemuda UMNO memohon penjelasan dari Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, berkenaan arahan beliau kepada anggota perkhidmatan awam mengenai surat sokongan dari ahli politik. Arahan KSN memberi gambaran seolah-olah surat sokongan ahli politik adalah suatu tindakan menyalah gunan kuasa.  Di sini Pemuda UMNO membantah persepsi sesetengah pihak yang menganggap surat sokongan sebagai tindakan salah guna kuasa oleh ahli politik kerana seringkali wakil rakyat menyokong permohonan rakyat bukan atas pertalian politik tetapi semata-mata mahu membantu rakyat.  Kes-kes ini bukan hanya melibatkan kontrak atau perolehan Kerajaan tapi kebanyakkannya adalah permohonan untuk biasiswa, pemindahan tempat kerja, kebajikan dan perumahan.

Surat sokongan ahli politik juga diperlukan apabila pemohon gagal mendapat layanan yang baik dan adil dari jabatan kerajaan berkenaan. Walaupun Pemuda UMNO berpendapat majoriti kakitangan awam bersikap profesional, ada segelintir Napoleon kecil yang tidak layan pelanggan mereka, yakni rakyat biasa, dengan baik dan adil.  Adalah diharapkan KSN dapat memberi penjelasan dalam hal ini.
 
 
 
Reader Comments
3. Shamsul Ibrahim
@ 8/11/2010 11:44:00 AM
 
Hr nak raya bro.. takut x lepas je balik raya nanti. nak renew saman kena bayar saman ekor beribu ringit... golongan berada mungkin boleh lepas.. tp mcman pulak dgn golongan yg berpendapatan rendah.. kesian mereka..
terima kasih Yang Berhormat.
 
2. Sulaiman Parsi
@ 8/11/2010 11:34:00 AM
 
Syabas YB, inilah dianya Gagasan Pemuda yang prihatin dan memperjuangkan isu rakyat.
 
1. mat kereta sewa kota bharu
@ 8/3/2010 12:14:00 AM
 
salam boss yie,
ambo orang kelantan
kerja pemandu teksi ( kereta sewa )
umur 45.
saya sangat sangat sokong akan apa yang boss yie kata agar SAMAN EKOR dihapuskan.
kerana:
1.kita tak tau menau akan saman.samapai samapai kena bayar.
2,kalu kito nak cara dimahkamah pun ,nak beli gambar dah satu hal.
3,sepatutnya sebelum kita lesai dengan makmah,sepatut nya polis kena benar kita bayar road tax dulu.
apa orang kata pun saya dan warga kereta sewa tetap menyangung jasa bos yie dalam hal ini.
kalu tak ada oramg macam kahiri,mati la kami.tolong la boss yie,kesian la kepada
orang orang bawah macam kami.
kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.
datang la ke kelantan ,selalu.
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
Sep 01, 10
Namewee
.
Sep 01, 10
Segera laksanakan gaji minimum
.
August 2010 (14)
July 2010 (6)
June 2010 (7)
May 2010 (1)
April 2010 (2)
March 2010 (1)
February 2010 (4)
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008