June 25, 2008
Saya tidak pernah terima apa-apa laporan mengenai kes Altantuya: Khairy
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak pernah menerima atau menyimpan laporan perisikan tentera daripada mana-mana pihak termasuk daripada Perdana Menteri seperti didakwa penulis blog, Raja Petra Kamarudin dalam akuan bersumpahnya pada 18 Jun lalu.

Khairy, yang juga Naib Ketua Pemuda Umno, berkata beliau juga tidak tahu menahu langsung mengenai dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Khairy, yang memberi keterangan kepada polis selama sejam selepas dihubungi jam 10 malam semalam di Putrajaya, berkata beliau telah memberitahu polis perkara sama yang beliau tidak pernah menerima apa-apa laporan risikan tentera atau laporan lain berhubung kait kes pembunuhan Altantuya daripada Perdana Menteri ataupun dari mana-mana pihak lain.

(Sumber - Berita Harian)
.
 
 
ARCHIVED POSTS
.
January 2010 (20)
Year 2009
Year 2008