May 30, 2009
Penanti: Pembangkang Mudah Lupa
Laporan bahawa Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat laporan polis terhadap saya kerana kononnya kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya, jelas menunjukkan ketandusan idea mereka. Laporan ini adalah taktik intimidasi yang tidak berasas dan melambangkan politik juvana PKR.

Jelas sekali, motif mereka adalah untuk menghalang saya daripada bersuara, satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara kita.  Hakikatnya, pengundi-pengundi Penanti mempunyai pemikiran mereka sendiri. Soal untuk pergi mengundi atau tidak adalah hak untuk mereka putuskan. Sekiranya seseorang pengundi memutuskan tidak mengundi untuk menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap sesuatu, itu adalah hak mereka. Apa yang jelas, PKR tidak ada jawapan untuk tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri "1" Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, yang telah meletak jawatan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.  
 
Janganlah pembangkang bersifat hipokrit dan lupa dengan sejarah sendiri apabila memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam pada Januari 2007 hatta menyuruh  pengundi Batu Talam agar mengoyak kertas undi sebagai tanda protes atau tidak keluar langsung mengundi sepertimana gesaan Naib Presiden PAS Muhammad Sabu. Malah, pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim sendiri melabelkan tindakan memboikot PRK Batu Talam sebagai bijak dan berani.
 
Ingin saya huraikan bahawa jika pembangkang memboikot PRK Batu Talam kerana tidak berpuas hati dan mempertikaikan sistem dan undang-undang pilihanraya, maka BN kali ini tidak mengambil bahagian dalam PRK Penanti kerana tidak mengiktiraf tindakan pencabulan hak-hak, prinsip dan institusi demokrasi oleh pembangkang yang mengosongkan kerusi tersebut sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kepentingan dan amanah rakyat.

Dari dulu hingga kini, pembangkang hanya asyik bermain miopia politik sempit yang menggula rakyat dengan helah dan taktik berkepentingan sendiri dan apa yang mereka lakukan kini adalah tidak lebih daripada satu manifestasi tembelang untuk melarikan diri dari tanggung jawab mereka kepada rakyat Penanti. Inilah sifat  dan wajah sebenar pembangkang yang bertalam dua muka dan bersyok sendiri seperti di Batu Talam dan Penanti.
 
 
 
Reader Comments
18. gemencheh hebat
@ 6/6/2009 6:48:00 PM
 
bro.. lu cakap banyak tak guna.. belum ada panglima melayu yang kalah kat luar gelanggang.. bacul betul kau ni... kita tengok manik urai pulakk... mari kita tengok sape yang kena... HAHAHAHAA....ingat woiii " DARI PERMATANG PAUH KE PUTRAJAYA"
 
17. zach
@ 6/5/2009 5:23:00 PM
 
If my memory serves me right, ur dad in law used the May 13 threat 2 "win the people's hearts n minds" is last year's general election
Isn't that seditious too?
 
16. jerry
@ 6/5/2009 3:22:00 PM
 
Darkness at the end of the tunnel;aptly describes the political scenario now occuring in this pitiful nation where the *law of the Jungle prevails*Please come up witha workablee solution to the peoples problems before it is too late;Alhamdulilah!
 
15. lie
@ 6/4/2009 1:40:00 PM
 
Assalamualaikum w.b.t..

Kemenangan PKR di DUN Penanti adalah memang dijangka.Mansor (PKR) memperoleh 6,052 undi, menunjukkan kemerosotan undi popular sebanyak 1,294 undi berbanding undi diperoleh Fairuz dalam pilihan raya 2008. Fairuz memperoleh 7,396 sokongan dalam pilihan raya 2008 itu. Hal ini menunjukkan bahawa penyokong PKR sudah lari seramai 1,294 orang kerana pengaruh perkembangan politik semasa melibatkan tingkah laku PKR dan "Pakatan Rakyat", dan terbentuknya pimpinan baharu UMNO dan BN. jesteru, BN harus mengambil peluang ini dan membuktikan bahawa rakyat masih mahukan mereka. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini.

saya juga ingin menyeru kepada jentera pilihan raya BN di DUN Manek Urai agar menggandakan usaha untuk menawan kawasan tersebut seterusnya dapat membela nasib rakyat yang dahagakan pembangunan oleh Kerajaan BN yang kita semua tahu banyak berjasa dan berbuat baik kepada rakyat.

sekian.
 
14. Nazri
@ 6/2/2009 9:27:00 AM
 
BN memang telah hilang banyak pengaruh sejak akhir akhir ini. BN mesti buat banyak perkara kalau nak tarik balik sokongan. Kalau lawan di Penanti pun, BN akan kalah. Untuk mengatakan pengundi dah bosan dengan permainan politik memang betul. 1Malaysia dah meluat tapi peratusan yang rendah adalah disebabkan oleh BN tak bertanding. BN perlu dilihat sebagai pendekar. Kalau kalah pun, kalah setelah berjuang habis habisan. Tidak dilihat menggunakan tektik kotor. Orang muda mempunyai pandangan berbeza dgn alasan BN. Bukan pembangkang kuat tapi BN yang haru biru.
 
13. One Penang
@ 6/1/2009 12:05:00 PM
 
Alah YB, kalau depa buat takpa kalau BN buat semuanya salah. Mereka saja yang betul.
 
12. johan lompong
@ 6/1/2009 12:05:00 PM
 
PKR ni diibaratkan ludah ke langit jatuh muka sendiri. Diaorang buat tak salah, bila BN buat, itu la ini la. Yang bodohnya rakyat yang termakan dakyah-dakyah diaorang ni. Sebagai contoh, isu wakil rakyat lompat parti. Persoalannya, selepas PRU12, parti manakah yang menjadikan isu lompat parti gimik politik Malaysia. BN atau PKR?
Rakyat sentiasa dimomok-momokkan dengan kehebatan dan manifesto mereka. Kesudahannya, nah. apa yang rakyat dapat daripada manifesto tersebut. ditipu lagi. Saya, masih tertanya-tanya. sebagai anak jati negeri selangor. saya tak merasakan apa-apa perubahan yang berlaku. yang saya tahu, rumah urut, rumah pelacuran, kedai perjudian tumbuh bagai cendawan. Wahai rakyat Malaysia, sedar lah dari penipuan besar yang dilakukan oleh PKR ni.
 
11. b
@ 6/1/2009 5:00:00 AM
 
harus diiingatkan disini walaupun peratus yg keluar mengundi kurang tetapi menunjukkan betapa peningkatan sokongan terhadap pakatan telah meningkat.seandainya peratus keluar mengundi 70% sekalipun sekiranya bn masuk bertanding kemenangan masi berpihak pada pakatan rakyat.itulah fakta dan hakikatnya.. orang2 bn jangan cuba memutar belitkan fakta.. be end umno cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan isu komunis agar meraih kembali sokongan rakyat tetapi hakikatnya rakyat memang bijak dan bosan dengan permainan politik perkauman yang diperjuangkan oleh umno-be end.. itulah pasal bila ada pilihan raya be end takut nak hadapi pasal ketandusan pemimpin dan idea... kepada khairy tunggu ja giliran anda diadili rakyat kerana kami sebagai rakyat tahu apa yg pemimpin umno-be end lakukan... dan kami orang2 sabah tidak perlukan parti umno kerana umno hanya memperjuangkan ketuanan melayu dan kroni sahaja. sedarlah be end umno kerana anda kini berada dipenghujung....rakyat boleh menunggu PRU akan datang untuk melakukan perubahan tetapi bolehkah kalian menerimanya...umno be end,be end umno.
 
10. rashidSingapore
@ 5/31/2009 9:49:00 PM
 
Dah sah ramai rakyat dah jemu dengan piliharan-raya kecil. Cuma 46% yg keluar mengundi di Penanti. Anwar n PKR tak perlu berbangga dapat mengekalkan kerusin DUN Penanti. Rakyat dah beri isyarat jelas yg mereka tak suka mengadakan pilihan-raya kecil sewenang-wenangnya yg cuma membazir wang, waktu n tenaga. Dengan sedikitnya peratus yg mengundi, keangkohan n kesombongan PKR dapat dibendung. BN boleh cuba tawan negeri P. Pinang pd pilihan-raya Umum 13 nanti. Harap rakyat ajan sedar akhirnya yg PKR cuma banyak bercakap tapi tak buat kerja. Banyak mengutuk parti2 lain tapi parti sendiri kocar-kacir. Anwar manusia yg pandai putar-belit n suka menghasut untuk kepentingan sendiri. Dia sanggup menipu utk mendapat sokongan rakyat. Harap rakyat tak beri dia peluang utk memimpin negara.
 
9. Danish
@ 5/31/2009 6:55:00 PM
 
The silent majority cannot afford to remain apathetic any longer. It concerns every single one of Malaysian. We have to send a strong message to these astroturfers that any attempt to polarize and divide our multi-racial and multi-religious society will not be tolerated.
 
8. bryan
@ 5/31/2009 10:53:00 AM
 
porrrahh.. jan tipulah, rakyat tau apa yang berlaku.kalau prk pun takut nak hadapi bagaimana pa ngan pru.. buatlah besar mana pun projek mega..rakyat tak buta ngan smua tu.. yang rakyat inginkan ialah perubahan dasar.kalau setakat slogan ja yg berubah tapi dasar masih seperti dulu apa gunanya.tunggu sajalah pru nanti siapa yang kena reject..
 
7. pejuang bangsa
@ 5/30/2009 3:09:00 PM
 
nampak sangat sekarang PKR takut dengan bayangan BN di Penanti ..sampai mereka akan sekat bas pada esok hari yang mahu melakukan rombongan pada cuti sekolah ini .

mereka tiada modal lagi dan mereka takut dengan BN walaupun di dalam kubu mereka sendiri .
 
6. Untuk Keadilan
@ 5/30/2009 4:44:00 AM
 
PKR youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akim had earlier this morning told The Nut Graph over the phone that he would be lodging the police report at Kubang Semang police station here at 2.30pm today.

But on advice of lawyers, Shamsul later backed down, and said they would give the Rembau Member of Parliament 24 hours to retract his statement.

When asked about the U-turn, Shamsul explained that the decision to wait was prompted after a discussion with the party lawyer, "who advised us to withhold making the police report".

"We understand that under the Election Offences Act, the Election Commission can actually investigate into Khairy's alleged statements, even without a police report being lodged," Shamsul said when contacted.

"Furthermore, we are going to double check the accuracy of Khairy's alleged statement as reported in Sinar Harian on 28 May."

Shamsul went on to explain that PKR Youth still intends to take the matter up. "Therefore, we are giving Khairy 24 hours to retract his statement, and if he fails to comply, we will go ahead and lodge the police report," he added.

Earlier, at a press conference, PKR information chief Latheefa Koya explained that Khairy's comments were a clear violation of the Election Offences Act 1954.

"What Khairy said is an offence under Section 4A of the act," she said.

Section 4A (1) of the act says it is an offence to "to induce any elector or voter to vote or refrain from voting at an election". A violation of the offence carries a prison term not exceeding five years or a fine not exceeding RM10,000 or both.

PKR elections director Saifuddin Nasution also said the party hoped that the Barisan Nasional would not try to sabotage its campaign.

"We hope they will not use the police, the mainstream media or other tactics like giving out 'free tourism' to voters to go outside of Penanti on polling day," he said.

Latheefa explained, "If they do this, it would be a violation of Section 3(n) of the act."

Section 3(n) says it is an offence to obstruct or prevent "a voter who is otherwise entitled to vote from voting at an election", and carries a prison term of not more than two years, or a fine not exceeding RM5,000 or both.

Saifuddin said that he was confident that Penanti voters were "more mature than that" and would not cave in to such tactics.
 
5. Wacai
@ 5/30/2009 3:02:00 AM
 
YB..Actually they are like you and Pemuda BN so much,that's the reason why they are using your name not only campaigned but until make a police report in Penanti...Biasa la nak cakap malu...
 
4. wang cheng yong
@ 5/30/2009 12:53:00 AM
 
Bravo YB! See you in Manek Urai.
 
3. Ramasamy
@ 5/30/2009 12:35:00 AM
 
Ini bukan lembu punya susu sapi dapat nama, ini Pembangkang punya jahat - KJ jugak mahu tembak kena.

Apa macam ini cara? Ini lidah cabang tiga ratus laa.
 
2. Zaki Idris
@ 5/30/2009 12:32:00 AM
 
Saya dah baca section 4A tu... The Act is about a combination and continuation of specific acts with specific intent. PKR tried to decouple the two and made a fool of the rakyat by concentrating on the intent, without reference to what the law says about the specific acts. Ini macam cakap belit punya PKR
 
1. Karim Jaslan
@ 5/30/2009 12:27:00 AM
 
PKR dah tak da modal lain lah tu... asyik-asyik repot polis. Tapi kalau dalam parlimen, pembangkang jugak lah yang paling kuat hantam polis.

Inilah idea depa nak ubah haluan atau pemikiran rakyat dari bertanya dan berfikir. Taktik dumbing down ni ada limitnya oiiiii PKR.
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008