July 01, 2009
Pemuda UMNO Sambut Baik Cadangan Dewan Pemuda PAS
Pergerakan Pemuda UMNO menerima dan menyambut baik pelawaan Dewan Pemuda PAS agar diadakan satu pertemuan di antara kedua-dua belah pihak bagi membincangi isu-isu dan persoalan semasa. Cadangan tersebut telah dibuat oleh ketuanya, Saudara Nasruddin Haji Hassan melalui surat yang diterima bagi pihak Pemuda UMNO oleh naib saya, YB Dato' Razali Ibrahim di Bangunan Parlimen pada pagi tadi.

Pada sesi media yang dianjurkan sejurus selepas itu, Pemuda UMNO dan PAS bersetuju bahawa satu sekretariat ditubuhkan bagi menghalusi tajuk, format serta isu-isu logistik berkenaan pertemuan yang dicadangkan. Sekretariat tersebut bakal mengadakan pertemuan selepas pilihanraya kecil di Manek Urai, Kelantan bagi memberi ruang untuk kedua pihak membuat persiapan dan penilaian sewajarnya.

Lanjutan dari itu, saya telah berbincang bersama-sama YB Dato' Razali dan mengambil ketetapan menerima dan menyambut baik pelawaan ini, yang menzahirkan keiltizaman dan kesungguhan Dewan Pemuda PAS untuk berdialog dan berbincang bersama Pemuda UMNO atas isu-isu yang mewakili kepentingan umum. Kami juga menghormati keberanian dan semangat yang ditonjolkan oleh Pemuda PAS kerana melawan arus dengan pendapat pimpinan Pakatan Rakyat, terutama DAP dan juga PKR, serta segelintir daripada parti PAS sendiri yang menolak sebarang usaha perbincangan dengan UMNO.

Bagi Pemuda UMNO, tidak kiralah sama ada pertemuan itu dipakejkan sebagai satu wacana, diskusi ilmiah mahupun muzakarah - ia adalah satu titik pertemuan yang signifikan dan monumental unjuran daripada cadangan-cadangan yang telah dilahirkan oleh kepimpinan tertinggi parti PAS sendiri. Namun, sayang sekali, pertemuan dan perbincangan harmonis yang dicanangkan itu rebah atas gesaan dan dan ganyakan DAP dan PKR serta sebilangan pemimpin PAS sendiri.

Maka, oleh sebab itulah, Pemuda UMNO menyambut baik dengan tangan penuh terbuka saranan yang seakan lambaian kedua daripada PAS ini.  Jesteru, Pemuda UMNO mencadangkan bahawa topik perbincangan tidak hanya menyentuh isu orang Melayu dan Islam, malahan isu yang mempunyai kepentingan seluruh rakyat Malaysia umumnya seperti pembasmian kemiskinan, pencegahan jenayah, pembangunan ekonomi serantau, kebajikan, pendidikan dan sebagainya yang bersifat inklusif dan representatif bagi semua.

Malah, sekiranya hasil pertemuan dan diskusi yang bakal dianjurkan antara Pemuda UMNO dan PAS ini membuahkan hasil yang produktif dan bermakna, saya selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional akan menjemput Pemuda PAS untuk bersemuka dan berdialog pula dengan barisan kepimpinan pemuda daripada parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain, selaras dengan semangat inklusiviti dan muhibah antara rakyat, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik yang diterapkan oleh konsep 1Malaysia.
 
 
 
Reader Comments
2. Nordin
@ 7/3/2009 12:20:00 PM
 
Perkara yang baik haruslah di sambut.

Saya sangat mengharapkan sesuatu yang baik daripada usaha murni ini. Mungkin masih ada orang melayu yang tidak beberapa setuju dengan perkara ini khasnya keadilan dan mungkin segelintir orang melayu yang juga tidak bersetuju tetapi ia harus diteruskan demi kepentingan secara khusus dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Semuga Allah sentiasa bersama kita.
 
1. anakusman
@ 7/2/2009 3:10:00 AM
 
Assalamualaikum YB,
Saya gembira YB akhirnya akan terlibat lansung dalam perbincangan yang akan dimulakan dengan Pemuda PAS.Inilah harapan saya dari awal agar YB berpeluang berperanan membawa seluruh masyarakat bersatu.Saya berkeyakinan YB bersama sdr Nasruddin Hj Hassan mampu berbuat demikian. Begitu pun YB dan sdr Nasruddin mesti berhati-hati kerana ada yang akan merasa terancam selepas ini.Saya berharap YB akan sentiasa menjadi pemimpin yang tidak sombong dan angkuh dan selalulah berdamping dengan ulama. Dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah YB akan sejehtera di dunia dan di akhirat. Tahniah kepada sdr Nasruddin Hj Hassan atas usaha yang murni saudara!

Sekian, semoga Allah sentiasa melindungi YB dan sdr Nasruddin Hj Hassan dari perbuatan khianat manusia dan jin.
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
July 2010 (6)
June 2010 (7)
May 2010 (1)
April 2010 (2)
March 2010 (1)
February 2010 (4)
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008