November 05, 2009
PKFZ
Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) berkenaan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dibentangkan di Parlimen semalam, setelah lebih empat bulan menyiasat isu ini. Siasatan terhadap isu  PKFZ telah melibatkan temuramah beberapa pemimpin Kerajaan yang kini dan terdahulu.

Laporan PAC yang komprehensif serta adil wajar diberi pengiktirafan dari semua pihak yang ingin mendukung kebenaran. Isu PKFZ merupakan satu tamparan hebat kepada budaya demokrasi yang menuntut prinsip keikhlasan dan bermoral dari para pemimpin yang diberi kuasa. Sungguhpun ada pihak dengan prejudis telah mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan PAC untuk menjalankan siasatan dengan teliti tanpa sebarang agenda tersirat, ahli-ahli PAC dengan tekun telah mendedahkan beberapa kebenaran asas mengenai PKFZ.

Cadangan-cadangan PAC mengenai langkah-langkah melanjutkan penyiasatan sama ada melalui Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau apa-apa mekanisme lain wajar dipertimbangkan secukupnya. Bagi saya, kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh beberapa individu termasuklah pemimpin Kerajaan sepertimana laporan PAC tidak mungkin disebabkan isu kompetensi atau keupayaan. Sebaliknya, ia menjurus ke arah pembabitan langsung dalam satu komplot atas nama satu projek pembangunan. Maka, individu-individu berkenaan mesti dibawa ke muka pengadilan sekiranya siasatan lanjutan membuktikan mereka dengan sedar dan tahu telah melakukan kesalahan seperti pecah amanah, dan bukannya sebab tidak kompeten.

Maka, saya berharap pembentangan laporan semalam bukanlah pengakhiran kepada penyiasatan skandal ini, tetapi sebaliknya satu permulaan dalam usaha mencari kebenaran. Rakyat berhak tahu apa sebenarnya berlaku dalam isu ini, dan juga berhak menuntut agar mereka yang bersalah dihukum.
 
 
 
Reader Comments
10. mazlanz
@ 12/16/2009 10:51:00 PM
 
Dear YB,

Teruskan usaha untuk membenteras rasuah dan penyelewengan yang berlaku. Pihak yang benar bersalah harus dihukum dengan sewajarnya. Mereka telah menggunakan kedudukan untuk membaham duit rakyat(pembayar cukai). Harap semua pihak sedar dan teruskan tanggunjawab ikhlas untuk rakyat bukan untuk mancari kekayan yang diluar jangkaan dengan kedudukan yang diamanahkan.
 
9. Imran
@ 12/15/2009 8:53:00 PM
 
YB KJ, saya setuju dgn kenyataan YB, PKFZ adalah satu komplot tamak segelintir puak2 tertentu atas nama pembangunan. Apa yang membuatkan rakyat marah tetapi menaruh minat dgn skandal ini adalah kerana jumlah wang yang digunakan..berbillion billion..alangkah bagusnya kalau jumlah ini dpt digunakan untuk membantu rakyat miskin.Bole sya katakan PKFZ stakat ini merupakan satu pembaziran wang rakyat yg tidak munasabah...dakwa mereka2 ini bukan atas dasar Parti mana atau kerajaan mana yg mereka sokong, tapi atas rasuah ketamakan yang terlalu rakus..kami rakyat biasa nak mendapatkan pendapatan 2/3 ribu sebulan pun sampai merah biji mata...Salam YB semoga YB menjadi sinar dalam kumpulan YB.
 
8. Rakyat Malaysia
@ 12/14/2009 3:54:00 PM
 
YB Khairy, ini ialah kali pertama saya memberi pendapat di dalam laman web YB mengenai isu PKFZ. Duit rakyat mesti dikendalikan dengan kebijaksanaan yang sebaik baiknya. Sesiapa yang salahguna duit ini mesti bertanggungjawab tetapi untuk projek yang sebesar ini, saya fikir lebih dari tiga orang yang terlibat. Agak tidak adil untuk tiga orang ini untuk menanggung segala dosa berkaitan dengan isu ini. Sekian, terima kasih.
 
7. Khairy Jamaluddin
@ 12/7/2009 5:38:00 AM
 
Sazizi,

Saya cukup peka dengan sentimen yang saudara utarakan. Dalam isu skandal yang melibatkan kepercayaan rakyat dan intergriti seseorang pemimpin seperti dalam skandal PKFZ ini, mereka yang bersalah mesti dihukum, tidak kiralah dari BN/PR.

Dalam usaha kita bersama untuk membanteras masalah ini, saya berharap saudara dan sahabat-sahabat se-generasi saudara tidak akan berhenti mengharapkan perubahan dan pembaharuan murni yang ingin kita terapkan dalam budaya politik tanahair.

KJ
 
6. ibanoriginal
@ 11/29/2009 1:29:00 PM
 
yb kj,

may god bless you. I hope you stay away from corruption or an abuse of power. as a peace loving citizen, I would like to see a young and energetic leader like you to be very responsible and proactive for the sake of the nation. about pkfz scandal I hope those who involved or stealing public fund must be brought to justice. I am sure sprm will dig into the bottom root of the scandal..cheers..god bless..
 
5. sazizi
@ 11/21/2009 1:10:00 AM
 
YB, kami sebagai pengundi amat letih mendengar satu demi satu skandal telah dibongkar yang melibatkan pemimpin. Patutkah kita terus memberi kepercayaan kepada pemimpin yang sedemikian. Tidak kiralah samaada drp Kerajaan atau pembangkang. Mereka sama-sama telah menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri. Lihat saja telatah PKR, PAS dan DAP ketika mereka memerintah masing-masing Selangor, Perak dan P Pinang. Semuanya serupa .....
 
4. FAUZI
@ 11/13/2009 12:26:00 AM
 
Selesaikan skandal PKFZ dengan bijaksana. Orang yang tidak bersalah terus dipersalahkan, dan orang yang sepatutnya bersalah tidak dipersalahkan.

Pengundi Saluran 4
Dun Teluk Pasu, Kuala Nerus
 
3. Asam Melaka
@ 11/5/2009 3:39:00 PM
 
Kerajaan mesti ambil tindakan. Jangan sekadar PAC sahaja. SPRM kena tunjuk taring!
 
2. Googar
@ 11/5/2009 3:30:00 PM
 
Hadapkan mereka yang terlibat ke Mahkamah! Tak kira dari MCA ka UMNO ka...rakyat mahu lihat Kerajaan serius menangani rasuah dan penyelewengan duit rakyat!
 
1. frink
@ 11/5/2009 3:26:00 PM
 
Lim Kit Siang keeps saying that Govt not serious in tackling PKFZ issue. Well, PAC report was strong and recommended named individuals to be investigated by MACC! What do u say to that LKS??
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008