January 05, 2010
Isu Kalimah 'Allah': Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius perdebatan kalimah Allah yang menjurus dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah The Herald menggunakan 'Allah' sebagai rujukan kepada Tuhan sembahan mereka. Kalimah 'Allah' sepertimana yang difahami oleh orang Islam adalah satu kalimah suci yang membawa erti Tuhan yang Maha Esa.

Pemuda UMNO juga mengambil maklum sentimen di kalangan akar umbi Melayu dan Islam yang begitu risau dengan perkembangan ini, disamping tidak menolak sensitiviti penganut agama Katolik.

Oleh itu, Pemuda UMNO menyarankan agar satu pertemuan diadakan antara wakil Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak Gereja Katolik yang menerbitkan majalah The Herald. Dialog hasil perjumpaan ini bakal menjadi titik pertemuan bagi kedua-dua pihak disamping menjadi medium menyampaikan kekhuatiran umat Islam di Malaysia kepada pihak penerbit, lantas mencari jalan penyelesaian kepada kemelut ini.

Disamping Pemuda UMNO menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan, Pemuda UMNO juga percaya bahawa isu sensitif ini perlu kepada satu penyelesaian yang lebih menyeluruh supaya prinsip saling menghormati dapat dipelihara berdasarkan dialog antara pihak yang terlibat. Pemuda UMNO percaya ini adalah sejajar dengan gagasan 1Malaysia yang memerlukan pemahaman merentas batasan kaum dan agama.

Harapan Pemuda UMNO adalah dialog yang dicadangkan ini akan dapat memastikan pandangan kedua-dua belah pihak dapat disampaikan tanpa perlu memanjangkan perdebatan isu ini di dalam akhbar, sekaligus mengurangkan ketegangan hubungan antara kaum dan agama. Keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia kekal sebagai satu perkara yang teramat penting untuk kehidupan seluruh rakyat di negara ini.
 
 
 
Reader Comments
14. Rahim
@ 1/31/2010 9:21:00 PM
 
Assalamualikum Khairi dan semua yg merespon.

1. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu dihormati dimana ianya memutuskan bahawa kalimah Allah hanya utk penggunaan orang Islam di Malaysia termasuk Sabah dan Sarwak.

2. Menghormati keputusan Mahkamah,

 
13. daxter
@ 1/15/2010 5:15:00 PM
 
Harap YB KJ adil dalam issu ini.Undang-undang sudah memutuskan perkara ini.mengapa ia menjadi issu.adakah selama ini undang-undang di malaysia tidak adil.Harap orang melayu berfikiran terbuka.malaysia untuk semua,1malaysia.bukan untuk melayu saja.kami sabah-sarawak tidak dapat menerima semua ini.Bayangkan kalau sabah-sarawak keluar dari malaysia.Sekarang banyak anak muda sabah-sarawak bijak pandai,dan tahu menilai.kami berharap YB KJ jadi PM satu hari nanti.Kawan sejati.
ANAK MUDA SARAWAK.
 
12. Chris
@ 1/12/2010 9:55:00 AM
 
Why are the feelings our the majority (Christians) of the people in East Malaysia not considered as sensitive?

The indigenious ppl of East Malaysia has been marginalised for so long...we are not even given the political power although we are the majority here.
 
11. Thomas
@ 1/7/2010 8:51:00 AM
 
Nampaknya isu tentang perkataan Allah di Negara kita semakin panas. Saya rasa hanya di Semenanjung Malaysia sahaja yang membantah pengunaan perkataan Allah. Kalau di Sabah dan Sarawak orang Islam terbuka sahaja. Saya harap isu ini dapat di selesaikan. Ini negara kita, Malaysia. Jangan sampai isu ini membuatkan negara luar mentertawakan negara kita.
 
10. thomson pac
@ 1/6/2010 10:45:00 AM
 
asal tak ajak demo?
 
9. wan
@ 1/6/2010 10:38:00 AM
 
saya sokong Mahathir dalam blog nya, undang2 banyak lubang. Yg penting sensitiviti umat Islam perlu dijaga. Nama Allah adalah unsur penting dalam kalimah Shahadah...
 
8. muhammad hamba Allah
@ 1/6/2010 9:50:00 AM
 
Apa yang lebih penting dari kalimah allah ialah mengamalkan Islam secara syumul. alhamdulillah Pemuda UMNO sudah mengamlkan Islam secara syumul dan tidak dibuat atas kepentingan politik seperti mana PAS> Kah..kah..kah..kah..Melayu sudah Islam!
 
7. Khalil
@ 1/6/2010 9:13:00 AM
 
Malaysia yang didiami oleh majoriti rakyatnya yang beragama Islam pun menghadapi masalah sebegini. Tidak dapat digambarkan bagaimana kesusahan umat Islam di Selatan Thailand, Palestin, dan sebagainya. Jadi isu penggunaan nama Allah ini sepatutnya dapat diselesaikan dengan mudah. Penganut Kristian perlu menghormati kedudukan orang Islam di Malaysia. Kerajaan telah menyediakan kebebasan yang tiada tolok bandingnya dalam kebebasan beragama di sini. Kalau di Perancis, umat Islam wanita telah didiskriminasikan oleh Kerajaan Perancis mengenai larangan bertudung. Di Switzerland baru-baru ini satu larangan dalam menghadkan pembinaan menara masjid baru telah dikeluarkan, dan yang terbaru Kerajaan Britain telah menghalang demonstrasi penganut Islam UK dalam mengadakan demonstrasi bantahan peperangan ke atas Iraq dan Afghanistan.

Jadi dalam hal ini, penganut Kristian setidak-tidaknya menghormatilah sedikit suara majoriti rakyat Malaysia yang hanya meminta supaya perkataan Allah tidak digunakan. Mereka boleh menggunakan berbagai-bagai istilah lain lagi dalam penulisan mereka yang saya rasa tidak akan menjejaskan maksud penulisan tersebut. Malah istilah Tuhan lebih tepat dalam menggambarkan God. Sekiranya keputusan mahkamah masih berpihak kepada mereka, saya berdoa kepada Allah SWT supaya mereka akan diberi hidayah dan pada akhirnya...AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.
 
6. Farouq Omaro
@ 1/6/2010 9:10:00 AM
 
Saudara Khairy,

Sebenarnya orang-orang Islam di Semenanjung perlu diberitahu bahawa umat Kristian di Sabah dan Sarawak sudah lama menggunakan perkataan "Allah", iaitu sejak sebelum pembentukan Malaysia lagi. Kini apabila lebih ramai orang-orang Kristian dari Sabah dan Sarawak bekerja dan belajar di Semenanjung maka permintaan untuk bahan bacaan agama Kristian dalam Bahasa Melayu makin bertambah. Akhbar Herald pula bukan dijual di kedai-kedai, tapi dijual dalam gereja dan kepada orang Kristian sahaja. Sebenarnya perlu ada wakil UMNO yang menerangkan perkara ini kepada semua orang.
 
5. shairul
@ 1/6/2010 8:23:00 AM
 
salam YB...mungkin inilah akibat kebebasan bersuara yg diberikan oleh mantan PM terdahulu....dengan ini boleh la dijadikan iktibar bahawa kebebasan bersuara dan memberi pendapat serta kebebasan menulis tidak dapat menjamin kesejahteraan sesebuah negara apatah lagi negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama
 
4. faizal
@ 1/6/2010 1:02:00 AM
 
isu ini terlalu sensitif buat penganut agama Islam. rayuan kepada mahkahmah bukan jalan penyelesaian yang mudah. perlu satu kaedah dan pendekatan lain supaya Agama Islam dan melayu tidak lagi buleh dicabar. perlu campur tangan dan titah baginda tuanku selaku ketua agama islam dan negara.
 
3. keris keramat
@ 1/5/2010 9:00:00 PM
 
jgn sampai kesabaran umat islam di negara ini hilang.bukannya tidak menghormati undang2 negara ini tapi agak janggal sebagai negara islam isu ini boleh diperdebatkan.peliharalah kesucian islam dari anasir2 yg tidak bertanggungjawab ini.cukuplah keistimewaan dan ketuanan melayu dipermainkan selama ini.kesabaran umat islam ada hadnya.jgn cuba bermain dgn api,buruk padahnya.renungkanlah saudara2ku...


 
2. Zakaria
@ 1/5/2010 8:14:00 PM
 
Rujuk buku The choice dari Ahmad Deedat. Dalam bible lama ada ditulis nama tuhan sebagai Alah dan kemudiannya dikeluarkan. Kalau kita menyuruh orang bukan Islam sendiri pun untuk sebut Allah, sebutan mereka berbunyi Alah. Jadi kalau mereka nak pakai sangat, pakailah Alah bukan Allah
 
1. Jeffri John
@ 1/5/2010 7:22:00 PM
 
apa yang di kata oleh KJ adalah mengenai isu ini adalah betul kita kena hormat undang-undang dan bukannya meyukarkan lagi masalah ini. Kalau kita ingat perjanjian Hudaibiah antara Rasul dan orang Quraisy. perjanjian lebih menguntungkan musuh nabi. Ramai sahabat nabi yang membangkang termasuk saidina Umar. tetapi atas kebiksanan nabi perjanjian tersebut menguntungkan umat islam. begitu juga pengunaan Nama tersebut. Satunya kemenangan kepada kita di mana mereka mengakui Kewujudan Allah yang satu. walau mereka kata ada isa anak Tuhan. walau bagaimana pun kita selaku malaysia percaya peroses perundangan akan di buat oleh kerajaan yang sedia ada di mana Pm kita telah menyatakan akan membuat rayuan. Membuat bantahan dengan cara yang melulu akan membetulkan tangapan islam kita radikal. kita rakyat malaysia mesti menunjukan satu contoh. kerana kes tersebut telah menjadi perhatian dunia terutama Amerika untuk membuat tuduhan kepada malaysia
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
July 2010 (6)
June 2010 (7)
May 2010 (1)
April 2010 (2)
March 2010 (1)
February 2010 (4)
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008