January 21, 2010
Pemuda Barisan Nasional Kecam Serangan Ke Atas Surau di Muar
Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) mengecam serangan ke atas dua surau di Muar, Johor awal pagi hari ini. Sepertimana kes-kes serangan ke atas gereja dan kuil sebelum ini, insiden terbaru ini adalah satu tindakan yang biadap dan tidak bertanggungjawab kerana boleh menggugat keamanan negara dan keharmonian antara kaum yang sudah puas diuji beberapa minggu kebelakangan ini. Setelah berbelas rumah ibadat diserang, Pemuda BN cukup khuatir bahawa apa yang berlaku kepada dua surau ini akan menyebabkan senario bertambah lebih tegang.

Dalam pada kita semua mengutuk serangan tersebut, Pemuda BN menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk tenang dan tidak terbawa-bawa dengan emosi tinggi atau menyumbang kepada spekulasi dan khabar angin. Sebaliknya, Pemuda BN berharap bahawa rakyat memberi peluang dan kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lantas membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

Disamping itu, Pemuda BN juga mengambil maklum sensitiviti, perasaan serta kekhuatiran seluruh rakyat Malaysia berbilang agama dan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang cepat agar ketegangan yang sedang membayangi masyarakat majmuk kita dapat dileraikan. Cukuplah dengan segala pembakaran, pemusnahan  dan vandalisme ke atas rumah-rumah ibadat. Sudah tiba masanya kemelut ini, serta punca-puncanya, diselesaikan demi keselamatan dan keamanan negara.
 
 
 
Reader Comments
2. Rostrum
@ 1/26/2010 12:09:00 PM
 
Rumah ibadat semua harus dihormati. Kecam serangan ini tetapi kecam juga serangan atas gereja dan kuil
 
1. munir abu bakar
@ 1/21/2010 7:15:00 PM
 
ketegasan dari pucuk pimpinan perlu di ambil kira demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.rujuk dan laksanakan utk kesempurnaan di hati tiap2 rakyat ke wawasan malaysia.. Penyatuan pendidikan pendamaian perlaksanaan prihatin perbincangan bukan provokasi.. Seringkas bahasa utk mengasihi 1malaysia.
 
Add your comments
Name
Email
Can not see the image? Click to refresh
Security Code
.
 
Subscribe to RSS
 
ARCHIVED POSTS
.
Sep 01, 10
Namewee
.
Sep 01, 10
Segera laksanakan gaji minimum
.
August 2010 (14)
July 2010 (6)
June 2010 (7)
May 2010 (1)
April 2010 (2)
March 2010 (1)
February 2010 (4)
January 2010 (6)
Year 2009
Year 2008