Khairy Jamaluddin
Ucapan Sambutan Thaipusam
      <description>Bersempena dengan Perayaan Thaipusam yang diraikan pada hari ini, saya dan seluruh warga kepimpinan Pemuda Barisan Nasional dengan ini mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia, yang meraikannya bagi menghormati Dewa Murugan.</description>
KENYATAAN BERSAMA PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT
      <description>Kami, barisan kepimpinan sayap pemuda bagi parti-parti politik di Malaysia, mengambil ketetapan untuk bersepakat dan bersatu hati bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat. Ini termasuklah kejadian terbaru yang melibatkan dua buah masjid iaitu Masjid Jumhuriyah di Taman Dato' Harun serta Masjid Al-Imam Tirmizi di Taman Sri Sentosa yang dicemari dengan kepala babi.</description>
Pemuda Barisan Nasional Kecam Serangan Ke Atas Surau di Muar
      <description>Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) mengecam serangan ke atas dua surau di Muar, Johor awal pagi hari ini. Sepertimana kes-kes serangan ke atas gereja dan kuil sebelum ini, insiden terbaru ini adalah satu tindakan yang biadap dan tidak bertanggungjawab kerana boleh menggugat keamanan negara dan keharmonian antara kaum yang sudah puas diuji beberapa minggu kebelakangan ini. Setelah berbelas rumah ibadat diserang, Pemuda BN cukup khuatir bahawa apa yang berlaku kepada dua surau ini akan menyebabkan senario bertambah lebih tegang.</description>
Subsidi Gula dan Penstrukturan Semula Subsidi Petrol
      <description>Pemuda UMNO mengambil maklum akan rasional pengurangan subsidi gula bagi mengurangkan beban tanggungan defisit Kerajaan yang dijangka meningkat sehingga RM1.26 bilion sekiranya kadar subsidi dikekalkan. Pemuda UMNO juga dimaklumkan bahawa Kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.0 bilion pada tahun ini biarpun selepas pengurangan subdisi sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram gula.
Sungguhpun demikian, Pemuda UMNO ingin menyatakan bahawa berdasarkan kepada kajian perbelanjaan isi rumah 2004/2005 oleh Jabatan Perangkaan Negara, perbelanjaan bagi makanan dan minuman bukan alkohol, yang meliputi keperluan seperti beras, gula, ayam dan sebagainya, bagi seluruh rakyat Malaysia secara puratanya adalah dalam lingkungan 31 peratus daripada pendapatan mereka. Namun, beban perbelanjaan bagi golongan berpendapatan rendah adalah berkali-ganda daripada mereka yang berpendapatan tinggi.
Insiden Pemusnahan Gereja
      <description>Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam. Ada berita mengatakan beberapa gereja lain turut 'diserang' tetapi berita tersebut belum dapat disahkan pada waktu ini.</description>
Isu Kalimah 'Allah': Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
      <description>Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius perdebatan kalimah Allah yang menjurus dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah The Herald menggunakan 'Allah' sebagai rujukan kepada Tuhan sembahan mereka. Kalimah 'Allah' sepertimana yang difahami oleh orang Islam adalah satu kalimah suci yang membawa erti Tuhan yang Maha Esa.</description>
The Year of Living Dangerously
      <description>I could write a highly sanitized piece recapping the year that was and offering some very 'safe' thoughts on what we can expect next year.  But I'm not going to.  That would be too predictable, boring and completely out of sync with what ought to be the political zeitgeist in these transformational times of living dangerously.  So I am going to tell it as it is.  It doesn't matter how many people in the organization that I lead - UMNO Youth - share my views.  It matters that the leader, for as long as he lasts, thinks it and commits to work towards achieving these ends.</description>
Merry Christmas
      <description>While 25th December may have, over the years, developed to become more than just a religious date - what with the shopping season and extended holidays that accompany it - Christmas Day remains steeped in solemn religious tradition, celebrated by 2 billion followers of the Christian faith.</description>
PKFZ 
      <description>Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) berkenaan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dibentangkan di Parlimen semalam, setelah lebih empat bulan menyiasat isu ini.Siasatan terhadap isu  PKFZ telah melibatkan temuramah beberapa pemimpin Kerajaan yang kini dan terdahulu.</description>
Intipati Ucapan Perbahasan Belanjawan 2010
      <description>Saya telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan Belanjawan 2010 di Dewan Rakyat pada hari Rabu, 4 November 2009.  Antara intipati ucapan perbahasan saya adalah seperti berikut:</description>
Penahanan Mantan Mufti Perlis
      <description>Saya amat terkejut dengan berita penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebaik sahaja  beliau selesai memberikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay pada jam 12 malam tadi, kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.</description>
Bajet 2010: 1Malaysia, Kemakmuran Bersama
      <description>Saya mengucapkan syabas dan sekalung tahniah kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, di atas Belanjawan 2010 yang baru dibentangkan sebentar tadi.  
Bertemakan "1Malaysia, Kemakmuran Bersama", Belanjawan 2010 meletakkan landasan penting kepada pembentukan model ekonomi baru dan penggubalan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh serta tertumpu kepada tiga strategi utama iaitu: </description>
Selamat Hari Deepavali
      <description>Bersempena dengan Perayaan Deepavali yang disambut pada hari ini, saya mengucapkan selamat menyambut Diwali atau Pesta Cahaya kepada seluruh rakyat dan rakan yang beragama Hindu di Malaysia.</description>
Di Persimpangan Jalan Perjuangan
      <description>Teks Ucapan Dasar Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2009.</description>
At the Crossroads of Our Cause
      <description>Full text (in English) of Khairy Jamaluddin's Keynote Address as Leader of UMNO Youth in conjunction with the UMNO Youth General Assembly 2009.</description>
Salam Aidil Fitri
      <description>Assalamualaikum wbt. Di penghujung Ramadhan, saya dan keluarga ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan serata dunia. Kami berharap hari lebaran esok akan disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran atas limpah kurnia Allah swt kepada negara kita.
Khusus kepada pembaca blog saya, serta sesiapa yang mengikuti perkembangan politik saya melalui platform yang lain, saya menyusun jari memohon ampun maaf sekiranya ada sebarang kesilapan yang diperlakukan atau terserlah mana-mana kekurangan saya selaku hamba Allah yang biasa. Semoga Syawal ini akan membawa kepada perpaduan di antara kita rakyat 1Malaysia - memperkasakan ummah demi kesejahteraan semua. </description>
16 September
      <description>Pelbagai yang sudah diperkatakan tentang sambutan Hari Malaysia setiap 16 September berbanding Hari Kebangsaan atau ulangtahun kemerdekaan pada 31 Ogos.</description>
Prestasi Pembangunan di Parlimen Rembau
      <description>Antara tugas saya sebagai Ahli Parlimen Rembau ialah untuk memantau dan memastikan projek-projek pembangunan yang dikenalpasti oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan oleh agensi-agensi berkenaan.  Pemantauan ini penting agar tiada sebarang kelewatan dalam sistem penyampaian kerajaan dan supaya kemudahan yang disediakan untuk rakyat betul-betul menepati kehendak mereka.  Saya juga mengambil maklum tentang pelaksanaan projek-projek di kawasan Rembau untuk memastikan bahawa kualiti dan mutu pembangunan menepati apa yang diharapkan oleh Kerajaan dan rakyat.  Saya tidak mahu melihat projek-projek yang baru siap tetapi tiba-tiba runtuh oleh kerana penyelewengan berlaku di Rembau sepertimana yang berlaku pada sebuah stadium di Terengganu beberapa bulan dahulu.</description>
15 Malaysia - 'Meter'
      <description>Hari ini filem pendek "Meter" arahan Benji Lim dan Bahir Yeusuff serta lakonan saya akan disiarkan di laman web projek 15Malaysia yang memaparkan 15 filem pendek menyentuh pelbagai aspek kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.
Saya membabitkan diri dalam projek 15Malaysia ini atas dasar mesej perpaduan yang saya percaya mampu disampaikan melalui aneka persoalan yang ditimbulkan melalui seni perfileman, khasnya melalui filem-filem pendek.</description>
Akal Pendek dek kerana Pendet
      <description>Pergeseran antara Malaysia dan Indonesia gara-gara isu tarian Pendet yang disiarkan seolah-olah tarian Malaysia dalam sebuah iklan oleh Discovery Channel sampai kemuncaknya semalam apabila Jalur Gemilang dibakar di sebuah universiti terkemuka di Yogyakarta.
Apa pun perdebatan mengenai tarian Pendet atau mana-mana lagi isu berbangkit antara kedua-dua negara ini, yang pastinya ada sedikit ketidaksefahaman yang sudah lama wujud dalam perhubungan dua hala Malaysia-Indonesia - kalau tidak di peringkat Kerajaan pun, tetapi di
peringkat warga biasa.</description>